AKTRES Cameron Diaz (gambar) menyangkal laporan yang mengatakannya sedang bercinta dengan pemain besbol Alex Rodriguez.
Sebaliknya, bekas kekasih kepada penyanyi Justin Timberlake itu menegaskan dia ingin hidup bersendiri pada waktu ini tanpa mempunyai sebarang komitmen dengan mana-mana lelaki.
Menurut kenyataannya dalam keluaran terbaru majalah Playboy, bintang filem Charlie's Angels itu lebih senang untuk hidup bersendirian selepas hubungannya dengan penyanyi Justin Timberlake dan aktor Paul Sculfor sebelum ini menemui kegagalan.
Katanya, "Saya mula bercinta sejak berusia 16 tahun. Pada tiga tahun yang lalu, saya telah memutuskan untuk tidak bercinta lagi selama yang mungkin.
"Saya berjaya menjauhkan diri daripada sebarang perangkap yang buatkan saya terjerat dalam cinta. Kini saya hanya ingin bersendiri." katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: