MOSCOW: Seorang budak perempuan berusia empat tahun cedera parah dan koma selepas diterkam seekor singa ketika melawat sebuah zoo, semalam.
Budak itu dipercayai berada terlalu hampir dengan kandang singa itu untuk membolehkan neneknya mengambil gambar.
Saksi berkata, apabila budak terbabit berada di belakang pagar luar kandang, singa berkenaan mencapainya melalui palang besi dan menariknya ke dalam.
Polis berkata, mangsa ditarik dan dipermain seolah-olah anak patung sebelum leher dan tangannya dibaham.
“Mangsa tidak sedarkan diri akibat kesakitan melampau,” katanya.
Saksi lain berkata, orang ramai, termasuk datuk mangsa, menggunakan batang besi dan paip getah untuk menjolok singa berkenaan melalui pagar bagi menghalaunya.
Sementara itu, jurucakap hospital berkata, budak terbabit dalam keadaan kritikal dan terpaksa bergantung kepada alat sokongan hayat.
“Dia turut mengalami patah tulang di beberapa bahagian badan,” katanya.
Singa itu berada di zoo berkenaan sejak dua tahun lalu dan selama ini dikenali dengan sifat jinaknya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: