Wednesday, June 16, 2010

Belanda ada penyokong wanita seksi


SEBAHAGIAN penyokong Belanda yang memakai skirt mini di Stadium Soccer City, Johannesburg kelmarin.


JOHANNESBURG - Walaupun ramai orang yang merungut dengan bunyi bising serunai tradisi Afrika, vuvuzela di stadium, kehadiran ribuan penyokong wanita Belanda di Stadium Soccer City di sini yang berpakaian seksi dan berwarna oren menjadi daya tarikan baru, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada perlawanan Piala Dunia 2010 antara Denmark dengan Belanda, sebahagian peminat wanita itu memakai pakaian skirt mini manakala sejumlah lagi bergaya dengan pakaian ala pramugari.

Kumpulan penyokong wanita Belanda itu seperti menguasai stadium dan menarik tumpuan penonton lain di stadium berkenaan.

Aksi mereka itu berbaloi kerana Belanda menewaskan Denmark 2-0 kelmarin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: