Thursday, June 3, 2010

Alyah Jawab Tuduhan Tiru Lady Gaga

PENYANYI Alyah (gambar) menolak tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa album terbarunya yang bakal dilancarkan pada akhir tahun ini cuba mencedok rentak lagu artis antarabangsa, Lady Gaga.

Album terbarunya itu adalam 100 peratus diterbitkan Alyah sendiri dengan memuatkan enam buah lagu.

Ia melibatkan beberapa komposer seperti Azlan Abu Hassan, Omar K, Julfekar dan Aidit Alfian.

Malah kata Juara Malam Kemuncak Gah 1 ini, jauh panggang dari api apabila dia dikatakan ingin menjadi Lady Gaga Malaysia.

“Oh tidak...apa yang Alyah buat adalah dari Alyah sendiri. Alyah belajar muzik. Dulu Alyah tak pernah ambil tahu ini semua. “Abang Ajai beri peluang duduk kat studio semasa merakamkan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang. Bila saya buat persembahan, Alyah diberi peluang untuk memilih lagu untuk membuat persembahan.

“Dari situ, Alyah belajar apa yang saya nak, apa yang sesuai dengan saya, apa yang ada dengan Alyah. Jadi album terbaru Alyah nanti memang 100 peratus pemilihan Alyah sendiri,” katanya.

Dalam Malam Kemuncak Gah 1 Ahad lalu, Alyah memenangi Anugerah Persembahan Terbaik dan Lagu Gah Terbaik menerusi lagu Tak Mungkin Kerana Sayang.

Alyah berpendapat, andaian sedemikian mungkin timbul kerana dia sering menyanyikan lagu The Poker Face oleh Lady Gaga.

“Tetapi lagu The Poker Face ini adalah genre balada dan album baru saya pula berkonsepkan balada rock. Setakat ini sahaja persamaan kami. Alyah adalah Alyah,” katanya.

Sementara itu, Alyah berkata dia kini lebih yakin ekoran penampilan imej rambut pendek yang persis artis antarabangsa, Rihanna.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: