Wednesday, June 9, 2010

Album Hujan Masuk Pasaran Indonesia

KUMPULAN Hujan boleh menarik nafas lega apabila album kedua mereka Mencari Konkulusi telah memasuki pasaran Indonesia yang sebelum ini agak sukar untuk tembusi oleh artis-artis tempatan.

Menurut detikhot.com, album berkenaan yang mempertaruhkan lagu-lagu yang berentak nuansa jazz iaitu Kau Harus Ada dengan iringan keyboard dan gitar akustik mula mendapat sambutan.

Lagu pertama dalam album berkenaan iaitu Romantik membolehkan pendengar mengimbas semula sebuah lagu popular dalam album sulung mereka, Dugaannya.

Lagu Mencari Konklusi dipilih sebagai lagu hits di negara itu. Lagu tersebut mempunyai irama up beat rock. Melodi lagunya yang rancak seperti “memekik” tetapi disertai vokal yang menarik.

Tidak ada lagu berentak perlahan dalam album ini. Sangkar Besi di Hatiku yang judulnya kedengaran seperti 'lembut' sebenarnya mempunyai irama yang sangat rancak.

Band yang dianggotai oleh Acer (drum), Noh (vokal), Dimas (keyboard) dan AG (gitar) itu masih menggunakan bahasa Bahasa Malaysia.

Apa yang boleh dikatakan dalam album kali ini, Hujan lebih rock & roll berbanding album sebelumnya. Nada-nada rancak menjadi taruhan. Isu kehidupan yang dialami para muda-mudi menjadi sasaran mereka. Selain itu, Hujan juga telah menjayakan konsert jelajah di Eropah dan Australia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: