Tuesday, June 22, 2010

Aishwarya Rai hamil?


AISHWARYA RAI


MUNGKIN sudah lama menunggu berita baik daripada aktres jelita yang juga menantu kepada keluarga berpengaruh di India iaitu Aishwarya Rai sehingga terlalu banyak khabar angin tentang kehamilannya.

Meskipun khabar angin itu menunjukkan Aishwarya Rai masih menjadi pujaan peminat serta perhatian media, ia sedikit sebanyak telah memberi tekanan kepadanya yang dikatakan terlalu tertekan untuk memperoleh cahaya mata dengan segera.

Baru-baru ini sekali lagi khabar angin tentang kehamilan Aishwarya bertebaran. Semuanya bermula gara-gara Aishwarya hadir bersama suaminya Abhishek Bachchan di tayangan perdana filem terbarunya yang berjudul Raavan dengan mengenakan baju yang longgar seolah-olah ingin menyembunyikan perutnya yang buncit.

Khabar angin itu semakin kuat apabila, Aishwarya yang memang terkenal dengan bentuk badannya yang menarik telah bertambah berat badan terutama di bahagian abdomen.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang pengumuman daripada keluarga Bachchan tentang berita gembira itu. Sebelum ini keluarga Bachchan menafikan dakwaan sebuah akhbar tentang berita kononnya Aishwarya tidak boleh hamil kerana menghidap penyakit yang serius.

Nampaknya ia sekali lagi hanya khabar angin yang tidak benar. Apa pun peminat pasti terus menantikan khabar gambira daripada bekas ratu cantik dunia itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: