Tidak ramai artis yang prihatin seperti Adibah Noor. Bukanlah ingin riak dengan bakti yang telah ditaburkan kerana dia telah lama menyumbangkan baktinya kepada yang memerlukan dan terlalu sedikit yang maklum mengenainya. Biarpun ingin terus merahsiakan aktiviti murninya, namun setelah didesak dan bertujuan menyedarkan lebih ramai masyarakat yang berkemampuan untuk turut menghulur bantuan, dia akur. "Jika dulu saya tak mampu menolong insan yang memerlukan dan tidak punya kuasa untuk menarik minat yang lain untuk menyertainya. Namun apabila rezeki nyanyian dan lakonan makin bertambah, peluang untuk lakukannya makin terbka, lebih-lebih lagi ramai yang mengenali dan ingin membantu. Seronok dapat membantu insan yang memerlukan walaupun kadang kala terpaksa menanggung kos sendiri, namun kepuasannya tak dapat digambarkan.
"Jika dulu fokus saya terarah kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal. Buat masa sekarang usaha saya lebih kepada memberi bantuan kepada rakan seperjuangan yang tidak berdaya. Tidak ramai yang prihatin akan kehidupan dan kesengsaraan mereka. "Program ini saya namakan Kau Di Hatiku dan konsert Kau Di Hatiku telahpun berlangsung pada 9 dan 10 April lalu untuk mengumpul dana. Antara artis yang turut sama terlibat seperti Aizat, Atilia, Amy Mastura dan Zainal Abidin," tutur Adibah berhajat menyerahkan dana tersebut sempena Ramadhan yang bakal menjelma.
Teman Adibah
Biarpun sibuk dengan aktivit kebajikan, namun minatnya terhadap nyanyian tetap diutamakan. Sukses dengan album terdahulu dan terjual hampir 12,000 unit, Terlalu Istimewa dan kini dia muncul dengan buah tangan terbaru berjudul Teman. Teman telahpun dilancarkan 30 Mac lalu dan mendapat respon positif daripada peminat.
"Untuk permulaan saya cetak 5,000 salinan dulu dan saya promote di Facebook. Syukur ianya mendapat respon yang baik dan mereka berebut untuk dapatkannya. Teman berbeza daripada Terlalu Istimewa kerana ia mempunyai direction tersendiri. Ada cerita yang ingin saya sampaikan di dalamnya. Saya bawakan kembali nostalgia lagu zaman dulu tapi masih memuatkan lagu terbaru, Sejujur Hatimu ciptaan Azlan Abu Hassan," kata Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohd. Omar. |
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: