SERAMAI 20,000 orang membanjiri Dataran Merdeka pada malam Sabtu lalu untuk menyaksikan Konsert Inspirasi Muzik-Muzik yang diadakan bersempena sambutan ulang tahun TV3 ke-26.
Tirai konsert itu dibuka dendangan nyanyian beramai-ramai lagu Inspirasi TV3 yang diberi nafas baru oleh barisan personaliti TV3.
Antaranya, Azwaliza Azman, Yasir Mansor, Karam Singh Walia, Zakiah Anas, Teh Syuhada, Azlee Senario, E-One, Azura, Tabah Syazwan Othman dan ramai lagi.
Konsert itu diacarakan oleh Ally Iskandar, Faizal Ismail dan Cheryl Samad.
Ia membariskan penyanyi-penyanyi tersohor seperti Faizal Tahir, Adibah Noor, Hujan, Bunkface, Aizat dan Noraniza Idris.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan berkata, konsert itu sesuai dengan citarasa dan keinginan penonton masa kini kerana ia menampilkan pelbagai genre muzik iaitu rock, pop, balada dan konsep indie.
Katanya, lagu-lagu pilihan itu pula memaparkan evolusi muzik dari dulu hingga kini.
"Istimewanya, artis-artis jemputan terdiri daripada bekas juara Muzik-Muzik," katanya.
Tarikan utama pada konsert kali ini, secara eksklusifnya bakal memperlihatkan penampilan semula kumpulan Gersang buat julung kali.
Kumpulan itu sudah lama berpisah dan begitu popular dengan lagu seperti Masih Aku Terasa, Suratan Takdir dan Sunyi pada lewat 1980-an.
Orang ramai berpeluang untuk menyaksikan reunion bagi Man Bai, Acis, Man Greng, Jojet dan Kring.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: