Wednesday, February 3, 2010

Malaysia Book Of Records ke layar kaca

RTM sekali lagi memberi penghormatan kepada mereka yang telah berjaya mencatatkan nama mereka di dalam Malaysia Book Of Records. Program yang mula disiarkan jam 4.05 petang menerusi TV1 pada 25 Januari lalu dengan mengundang Datuk Siti Nurhaliza yang telah mencatat rekod Anugerah Terbanyak Dimenangi Seorang Penghibur menjadi tarikan terbaru Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menjanjikan program-program terbaik kepada penonton setia salurannya.

Ia adalah usaha RTM berkongsi detik dalam menceritakan tentang perjalanan hidup dan kejayaan seorang insan biasa yang telah memegang rekod kebanggaan negara malah berkongsi pengalaman suka dan duka mereka dalam perjalanan untuk memecahkan rekod tercatat dalam Malaysia Book Of Records.

Menampilkan pengacara Angkasawan Pertama Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, program majalah 13 episod menampilkan ikon-ikon negara pelbagai bidang termasuklah sukan dan hiburan tanah air juga lain-lain pencapaian yang membanggakan negara di mata dunia.

Antara selebriti yang berjaya adalah seperti Mawi bagi Jualan Terlaris Bagi Album Sulung (Dalam Satu Minggu), dan Jaclyn Victor (Pemenang Malaysian Idol Pertama selain Ahadiat Akashah Bin Khairuddin Akashah (Penulis Novel Yang Terbanyak Diterbitkan.

Bukan itu sahaja malah pengiktirafan turut dikongsi sama penerima anugerah yang lain termasuklah Ravichandran Tharumalingam (Pendaki Everest Solo Pertama Malaysia Yang Mendaki Melalui Utara dan Ras Adiba Radzi (Pengembara Berkerusi Roda Solo Pertama.

Program ini turut berkongsi sama kejayaan membanggakan yang pernah dicapai oleh Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor sebagai Angkasawan Pertama dengan penonton yang begitu mengagumi kemampuan beliau di mata semua rakyat negara kita.

Malaysia Book Of Records yang diterbitkan oleh R & D Communication Sdn Bhd ini memaparkan juga segmen selingan antaranya Pendaki Menara Termuda, Jambatan Gantung, Pejalan Kaki Yang Terpanjang dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: