
Bermula dengan hanya suka-suka, kini mereka semakin serius untuk terus berjuang di dalam industri seni hiburan tanah air. Kumpulan yang dianggtotai Syazmin 20, (vokalis dan pemain piano), Aizat 18, (biola), Azran 15, (gitar), Syazrin 13, dan (vokalis) Azriq (dram).
Menurut ayah lima beradik ini, Saprudin Idris biarpun pada mulanya anak-anaknya tidak menunjukkan minat untuk serius dalam bidang seni, namun selepas bertemu dengan komposer Amy Ukay’s segala-galanya bagai menjadi kenyataan.
“Anak-anak saya memang sudah belajar muzik secara formal sejak mereka berusia empat tahun lagi. Alat muzik mereka juga berlainan. Jadi memang sesuai untuk menubuhkan kumpulan muzik.
“Sebagai bapa, saya bangga dengan apa yang mereka lakukan setakat ini. Lebih membanggakan saya apabila anak bongsu saya yang berumur 10 tahun boleh bermain dram dengan baik. Saya juga tidak menyangka lagu ciptaan anak sulung saya mendapat tempat di hati pendengar.
“Pada mula-mula mereka menunjukkan lagu ciptaan mereka kepada saya, saya teruja kerana mereka bermain tidak mengikut nota. Syazmin yang mencipta melodi asal dan lirik lagu tersebut. Jadi adik beradik yang lain mendengar dan bermain mengikut kesesuaian melodi. Dngan itu terhasillah lagu-lagu mereka,” katanya.
Dua buah lagu ciptaan kumpulan ini, Kenapa dan Rahsia kini sudah mula berkumandang di corong-corong radio.
Album sulung Jun ini
Tidak hanya mengetengahkan dua single mereka, House Of Five bakal muncul dengan album pertama mereka pada bulan Jun depan. Album yang akan memuatkan sebanyak lapan buah lagu ini juga turut menyelitkan tiga buah lagu Inggeris.
House Of Five yakin dengan genre muzik kontemporari yang mereka bawakan akan memberi impak positif terhadap peminat seni tempatan.
Pun begitu buat masa ini, kumpulan ini masih tidak dapat menjalankan aktiviti promosi sepenuhnya berikutan ahli utama yang juga vokalis kumpulan ini sedang melanjutkan pengajian di luar Negara.
“Anak sulung saya sedang mengikuti pengajian undang-undang di London. Jadi, untuk urusan rakaman album dan promosi hanya dapat dilakukan pada masa cuti semester. Tapi saya yakin, peminat dapat memahami situasi terrsebut.
“Lagipun, klip video untuk dua single mereka sudah pun boleh didapati di dalam laman youtube. Jadi tidak ada masalah,” katanya.
Keunikan House Of Five juga diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pemuzik semasa. Biarpun masih di bangku sekolah, namun lima beradik ini yakin dapat memberikan sesuatu buat peminat seni hiburan tanah air.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: