Wednesday, February 3, 2010

Lari asrama ditangkap bersekedudukan

LUNAS - Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang lari dari asrama sekolah di Serdang sejak beberapa hari lalu ditemui oleh warisnya di rumah teman lelaki yang juga seorang penuntut institusi pendidikan tinggi awam (IPTA), di sini.

Menurut pelajar itu, dia melarikan diri dari sekolah kerana telefon bimbitnya dirampas guru sekolah berkenaan.

Kecewa dengan tindakan guru, katanya, dia mengambil tindakan melarikan diri dengan teman lelakinya berusia 19 tahun dan tinggal bersamanya selama beberapa hari.

Sementara itu, menurut jurucakap Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), keluarga pelajar itu dimaklum�kan oleh pihak sekolah bahawa anak mereka tidak menghadiri kelas untuk beberapa hari.

Katanya, bimbang dengan keselamatan pelajar berkenaan, mereka cuba menjejakinya.

Menurut jurucakap PADK, pelajar dan kekasihnya ditemui semula semalam apabila kedua-kedua mereka ditangkap oleh Pegawai Penguat kuasa PADK dalam satu serbuan pada jam 4.30 petang. Mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk disoal siasat, katanya.

Selesai membuat keterangan, kedua pasangan kekasih itu ditahan di lokap berasingan dan akan didakwa di bawah Seksyen 9 Enekman Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih dari setahun.

“Pelajar perempuan ini dilaporkan lari dari asrama dia bersekolah dan tinggal bersama teman lelakinya di sebuah taman perumahan di Kulim.

“Mereka ditangkap dalam satu serbuan yang dibuat oleh PADK hasil maklumat orang awam. Ketika ditangkap pelajar perempuan itu cuba menyorok di bahagian siling rumah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, PADK kemudian menghubungi waris pelajar dan setelah menjalankan siasatan, pelajar perempuan itu ditahan di Balai Polis Lunas manakala teman lelakinya di lokap di IPD Kulim. Kedua-dua mereka akan dihadapkan ke mahkamah pada tarikh yang akan ditetapkan,” katanya.

Difahamkan Pelajar perempuan itu melarikan diri sejak 27 Januari lalu dan mengaku tinggal di rumah teman lelakinya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: