![]() |
| GREEN Day tetap dengan gaya mereka yang tersendiri. |
MALAM anugerah Grammy Ke-52 yang berlangsung di Staples Centre, Los Angeles, Amerika Syarikat, malam Ahad lalu cukup meriah.
Di sebalik kejayaan gilang-gemilang yang diraih oleh karyawan muzik Hollywood, penganjuran Grammy hakikatnya lebih daripada itu.
Mengambil pepatah muzik itu universal, Grammy berjaya menghimpun nama-nama besar daripada pelbagai genre muzik serta kualiti muzik masing-masing yang tersendiri.
Bukan hanya karyawan muzik sahaja yang hadir memeriahkan Grammy, tetapi juga karyawan seni dari pelbagai latar belakang seperti filem dan televisyen.
Sudah menjadi adat dan kelaziman, sesebuah majlis anugerah tidak akan meriah tanpa kehadiran bintang-bintang ternama di karpet merah yang menjadi tumpuan saban tahun.
Tahun ini, karpet merah Grammy tidak kurang hebatnya apabila mereka hadir dengan gaya tersendiri sekali gus menjadi perhatian lensa kamera.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: