| Sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina dan juga Hari Kekasih yang akan diraikan pada 14 Februari 2010, HABIB JEWEL memilih tema Hong Love atau Red Love untuk menyempurnakan hari yang bermakna ini. Menampilkan rona ketimuran, Habib mempersembahkan Koleksi Pan Chang daripada emas yang melambangkan simbol perpaduan, penyatuan jiwa dan kasih sayang dan Koleksi Polaris bertatahkan berlian yang membawa maksud Bintang Utara.
Manakala Valentine's pula menampilkan Koleksi Charmed iaitu seutas gelang atau rantai leher yang dihiasi untaian batu permata berbentuk hati.
Para pelanggan akan menikmati potongan harga sehingga 70% ke atas semua barangan kemas intan dan berlian termasuk batu permata. Promosi ini akan berlangsung di semua bilik pameran Habib sehingga 28 Februari 2010. Pameran dan jualan Habib juga akan berlangsung di The Curve daripada 5 Februari sehingga 28 Februari ini.
FOTO oleh Shaifudin Mohd Nor  
|
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: