Wednesday, February 3, 2010

Memori Hit SPRING

Kompilasi SPRING menampilkan 24 lagu hit yang telah berjaya mengangkat nama mereka suatu ketika dulu. Album terbitan Sony Music Entertainment (M) Sdn Bhd ini pastinya akan mengembalikan kenangan peminat dengan lagu popular pada era 90-an.

CD pertama memuatkan lagu Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta, Sampai Hati, Romantis, Kerana Budi Ku Jatuh Hati, Sepi Tanpa Cinta, Pesanan Buat Kekasih, Sejujur Mana Kata-Kata dan banyak lagi. Manakala CD kedua pula menampilkan lagu Butakah Cinta, Persada Cintaku, Hati Mau Baik, Sampai Bila, Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta dan lain-lain.

Album ini adalah daripada versi asal dan bukannya nyanyian semula oleh Ameng Spring, lirik juga disediakan dalam album ini. Tidak rugi membeli album yang padat dengan lagu-lagu popular era 90-an ini dengan hanya RM25.90 untuk 2CD dan RM19.90 untuk 2VCD.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: