Saturday, February 20, 2010

Bomoh tak mengaku rogol anak tiri

IPOH: Seorang bomoh warga emas mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan apabila dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan merogol anak tirinya di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Changkat Tin, Tanjung Tualang, dekat sini, awal pagi 2 Februari lalu.

Berdasarkan pertuduhan, warga emas berusia 70 tahun itu didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu ke atas anak tirinya berusia 24 tahun di bilik hadapan dalam sebuah rumah bernombor 8, PPRT Kampung Changkat Tin, Tanjung Tualang, kira-kira jam 1 pagi, 2 Februari lalu.


Tertuduh didapati melakukan kesalahan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari enam tahun atau tidak lebih 20 tahun dan sebatan.


Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izalina Rajaai, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.


Dalam hujah pendakwaan, Nurul Izalina memohon mahkamah supaya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana bimbang dengan keselamatan mangsa atau kemungkinan perbuatan itu berulang.


Tertuduh memohon maaf kepada Hakim Noor Hayati Mat dan meminta wang jaminan RM15,000 dikurangkan dengan alasan tidak bekerja, sudah berusia dan mempunyai ramai tanggungan.

Justeru, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dan memerintahkan tertuduh menjauhi serta tidak boleh tinggal bersama mangsa.

1 comment:

  1. Bodoooooohhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!
    dh rogol sape plak nk mngaku.
    bangangggg!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: