TAMPIN: “Tiada seorang ibu yang tidak sayangkan anak mereka. Selain arwah (Siti Khadijah), saya sering merindui dia (Rasidi) hingga mengalirkan air mata dan tidak sabar menunggu hari siang untuk datang menemuinya hari ini (semalam) serta hari perbicaraan akan datang.
LEPAS RINDU...Saharah sempat menyentuh muka Rasidi ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi Seremban, semalam.
Dalam kejadian antara 7 hingga 11 pagi itu, Rasidi didakwa membunuh bapanya, Ismail Awang, 76; adik perempuannya, Siti Khadijah, 22; neneknya, Sufiah Katas, 80, dan datuknya, Atan Daud, 87, di sebuah rumah tidak bernombor di kampung berkenaan.
Semalam, Mahkamah Majistret Tampin, di sini, memutuskan kes perbicaraan berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Seremban dan akan disebut semula pada 8 Mac depan.
Saharah berkata, selain ahli keluarga dan saudara terdekat, dia amat bersyukur kerana penduduk kampung turut memberi bantuan serta sokongan kuat kepadanya untuk meneruskan kehidupan sekali gus melupakan tragedi hitam itu.
“Bagi saya, semua yang berlaku sudah ditakdirkan dan mereka (penduduk kampung) memahaminya dan tidak pernah memandang serong terhadap kami sekeluarga.
| |
“Apa yang mampu saya buat kini adalah sentiasa berdoa supaya hukuman Rasidi dapat dikurangkan kerana dia sebelum ini langsung tidak pernah melakukan sebarang kes jenayah,” katanya ketika ditemui di sini.
Menurutnya, dia tidak dapat menyembunyikan perasaan rindu terhadap kedua-dua anaknya itu terutama ketika cuti sambutan Tahun Baru Cina, baru-baru ini.
“Pada kebiasaannya ketika cuti umum, suasana rumah riuh dengan telatah arwah (Siti Khadijah) yang suka bergurau senda bersama adik-beradiknya termasuk Rasidi, namun keadaan kali ini ternyata berbeza kerana terlalu sunyi.
“Bagaimanapun, hati saya lega dan gembira apabila melihat Rasidi tadi (semalam) berada dalam keadaan sihat serta ceria,” katanya.
Kata Saharah, dia kini menetap di Rumah Rakyat Batang Rokan menerima surat dari Penjara Sungai Buloh, yang memaklumkan kebenaran untuk melawat Rasidi di penjara berkenaan, kelmarin.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: