

TAIPEI - Syarikat enjin carian di Internet, Yahoo!, Amerika Syarikat (AS) memohon maaf kepada pelanggan-pelangganya di sini selepas beberapa penari wanita melakukan tarian mengghairahkan dalam satu mesyuarat untuk jurutera Internet di sini pada minggu lalu.
Permintaan maaf yang merupakan tindakan yang jarang dilakukan oleh Yahoo! itu dibuat selepas beberapa penari wanita memakai skirt pendek dan coli menari di depan peserta lelaki yang duduk di atas pentas.
Kejadian berlaku pada Hari Godam Yahoo! yang diadakan bagi mengumpulkan jurutera-jurutera Internet untuk berbincang berhubung aplikasi baru web.
"Insiden itu amat dikesalkan dan kami meminta maaf kepada sesiapa yang tersinggung (akibat tarian tersebut)," kata Ketua Pembangunan Rangkaian Yahoo!, Chris Yeh dalam satu kenyataan kelmarin.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: