
NAJIB dan Rosmah mendengar pengalaman Felicia sambil diperhatikan oleh Saifuddin semasa melawat pelajar itu di Hospital Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Status pengajian 323 pelajar Malaysia yang terjejas akibat gempa bumi di Padang, Indonesia pada 30 September lalu hanya akan diketahui Rabu ini.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pihaknya ada mendapatkan maklum balas daripada ibu bapa pelajar sama ada mereka mahu anak masing-masing meneruskan pengajian di universiti yang sama atau berpindah ke lokasi lain yang lebih selamat.
"Laporan penuh situasi itu akan dikemukakan kepada Kabinet Rabu ini.
"Kalau ada pelajar trauma dan enggan kembali ke Padang, kita akan bantu mereka mendapatkan tempat di universiti lain di Indonesia atau ke mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan yang menawarkan kursus yang sama," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: