BANDAR SERI BEGAWAN - Kebanyakan wanita Brunei mahu suami yang menipu isteri kerana menjalin hubungan sulit dikenakan hukuman sebat, menurut keputusan satu tinjauan di negara berkenaan baru-baru ini.
Tinjauan itu yang dikendalikan laman web brudirect mendapati sebanyak 76 paratus daripada sejumlah 272 responden berpendapat bahawa kaum lelaki yang curang perlu disebat.
Bagaimanapun, tinjauan sama mendapati cuma 55 peratus bersetuju supaya hukuman sama dikenakan terhadap golongan isteri curang.
"Keputusan tinjauan ini merupakan satu petunjuk berhubung perasaan benci yang terbuku dalam hati wanita terhadap lelaki yang tidak bertanggungjawab," kata seorang petugas kemasyarakatan dalam laman web tersebut.
Brunei yang kaya dengan hasil minyak mempunyai 400,000 penduduk.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: