Monday, October 12, 2009

Penyanyi Boyzone ditemui mati


GAMBAR menunjukkan Gately (kiri) bersama anggota-anggota kumpulannya iaitu Duffy, Lynch, Keating dan Mikey.





PORT D'ANDRATX, Kepulauan Balearic - Stephen Gately iaitu penyanyi dengan kumpulan Boyzone yang mendapat liputan hangat kerana dia didakwa sebagai gay, meninggal dunia semasa bercuti di Sepanyol, kata kumpulan itu dalam laman webnya semalam.

Gately yang berumur 33 tahun meninggal dunia pada Sabtu lalu manakala punca kematiannya masih belum diketahui.

Menurut kenyataan itu, dia dan temannya, Andrew Cowles yang berkahwin dalam satu perkahwinan awam pada 2006 berada bersama-sama di Pulau Mallorca.

"Buat masa ini, kami tidak mempunyai banyak maklumat (berhubung kematiannya)," katata kenyataan berkenaan.

Polis Sepanyol menyatakan pihaknya dihubungi untuk pergi ke rumah yang didiami oleh Gately dekat Port d'Andratx di barat Kepulauan Balearic tengah hari kelmarin.

Menurut jurucakap polis, punca kematian masih tidak diketahui dan tidak ada sebarang petunjuk bahawa berlaku keganasan.

Jurucakap itu menyatakan satu bedah siasat akan dilakukan.


SEORANG jurukamera merakamkan gambar rumah yang didiami oleh Gately di Cala Llamp, Pulau Mallorca semalam.


Anggota-anggota Boyzone yang lain seperti Ronan Keating, Keith Duffy, Mikey Graham dan Shane Lynch menjelaskan mereka berasa sedih dengan kehilangan Gately.

Namun, menurut sebuah akhbar semalam, Gately ditemui mati di atas katilnya selepas mereka keluar pada waktu malam kelmarin.

Penyanyi itu tidak jaga daripada tidur selepas ditemui mati semasa bercuti di d'Andratx.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: