
sempena majlis pelancaran promosi saham amanah itu peringkat negeri Kelantan di Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU - Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjaya menjual hampir tiga bilion unit daripada 10 bilion unit Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang dibuka untuk langganan selepas dilancarkan kira-kira tiga bulan lalu.
Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, sehingga kini pihaknya berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh pelabur terhadap saham amanah terbaru itu.
Malah beliau berpendapat, jika dibandingkan Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) dan Amanah Saham Malaysia (ASM), AS1M mencatat prestasi lebih baik dari segi jualannya.
"Alhamdullilah, dalam masa tidak sampai tiga bulan, kami telahpun berjaya menjual sebanyak 2.7 bilion unit AS1M kepada lebih 170,000 pelabur," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran promosi AS1M peringkat negeri Kelantan di sini semalam.
Pada majlis tersebut, Hamad Kama Piah melepaskan skuad MyVi-AS1M yang melibatkan enam buah kereta MyVi dengan 18 pegawai PNB untuk mempromosikan saham amanah tersebut di beberapa buah daerah di negeri ini.
Menurut beliau, setakat ini kira-kira 75 peratus daripada unit yang diperuntukkan untuk kaum Cina sudah dilanggan, kaum India melanggan sebanyak 20 peratus manakala Bumiputera pula hanya melanggan tiga peratus.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: