Sunday, October 4, 2009

Krisdayanti kemurungan



Krisdayanti

JAKARTA: Penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti dilaporkan dilanda kemurungan, lebih gemar bersendirian dan tidak begitu mempedulikan kerjayanya sejak bercerai dengan suaminya Anang bulan lalu.

Peguam Krisdayanti, Elsie Lontoh, berkata penyanyi itu meminta kepada media agar dibiarkan bersendirian dan tidak diganggu.

"Krisdayanti sedang bersedih sejak perceraiannya, beliau meminta media agar memahami keadaan dirinya dan membiarkannya menyelesaikan masalah yang dihadapi bersendirian," katanya.

Elsie juga berkata untuk sementara, Krisdayanti tidak mahu membincangkan secara terbuka isu perceraiannya dengan Anang kepada media. Beliau juga tidak mengikuti ulasan atau laporan media mengenainya.

"Hingga sekarang beliau mengelak daripada menonton siaran televisyen, membaca akhbar tabloid atau ruangan gosip. Kris mahu menenangkan dirinya," kata beliau.

Perceraian Krisdayanti dan Anang sudah didaftarkan 28 September lalu dan sejak itu penyanyi lagu I Sorry Goodbye itu berazam memastikan proses perceraian itu berjalan dengan lancar.

"Beliau bersedia mengorbankan kerjayanya untuk sementara dan memberi keutamaan dalam urusan perceraian itu. Bagi beliau masalah dalam kerjaya tidak sebegitu mencabar seperti perceraiannya," katanya.

Elsie berkata, Krisdayanti turut menunda beberapa pertunjukan sehingga perceraiannya disahkan dan mengatur semula jadual kerjayanya hingga Disember depan.

"Penyesuaian jadual kerjayanya perlu dilakukan bagi memastikan beliau dapat menghadiri perbicaraan di mahkamah," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: