![]() |
| BRAND keluar dari sebuah teksi kelmarin. |
![]() |
| PERRY keluar dengan menyandang gitar semasa meninggalkan flat Brand kelmarin. |
LONDON - Hubungan cinta di antara bintang pop, Katy Perry dengan seorang pelawak Britain, Russell Brand akhirnya terbongkar, lapor sebuah akhbar semalam.
Perry, 24 sebelum ini merahsiakan percintaan mereka tetapi tembelangnya pecah apabila gambar dia meninggalkan rumah pelawak itu disiar oleh akhbar Britain kelmarin.
Penyanyi lagu Hot N Cold itu bermalam di flat pelawak berusia 34 tahun itu di sini selepas mereka keluar berseronok pada Jumaat lalu.
Penyanyi wanita itu dirakamkan membawa sebuah gitar miliknya dan menahan sebuah teksi sebelum menuju ke stesen komuter bawah tanah St. Pancras di Kings Cross.
Pasangan itu dipercayai saling jatuh cinta selepas beberapa minggu berhubung melalui telefon sebelum Brand akhirnya mengajak Perry bercuti di Thailand selama seminggu pada minggu lalu.
"Selepas seminggu di Thailand, saya kini bersemangat untuk kembali bekerja," kata Perry di laman jaringan sosial Facebook tanpa mendedahkan nama pasangannya itu.
Perry berlepas ke Manila kelmarin untuk mengadakan sebuah konsert di ibu negara itu, Manila.


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: