Sunday, October 11, 2009

KD minta izin jumpa anak

SEJAK bercerai dengan suaminya Anang Hermansyah, Kris Dayanti tidak boleh lagi sesuka hati bertemu anak-anak kesayangan.

Bahkan untuk mengelak konflik, diva popular Indonesia ini sanggup meminta izin daripada bekas suaminya untuk bertemu mereka sekalipun untuk meraikan ulang tahun kelahiran ibu Kris.

Biarpun agak tertekan dengan suasana berkenaan Kris yang mesra dipanggil KD hanya pasrah dengan keputusannya sebelum ini yang menyerahkan hak penjagaan anak-anak kepada Anang.

Tidak pernah menyesali takdirnya dan Anang juga nampaknya tidak pula keberatan untuk membenarkan dua anaknya itu untuk bersama-sama ibunya.

Anang bersetuju membenarkan anak-anak mengikut Kris meraikan hari lahir nenek mereka selepas bertanyakan kepada anak-anaknya, kata jurucakap Kris, Elsie Lontoh.

"KD melakukan ini semua demi anak-anak, kerana perceraian menyebabkan imejnya rosak dan dia cuba melakukan yang terbaik daripada kerosakannya," kata Elise.

Sememangnya semua keputusan yang diambil, Kris sudah mempertimbangkan semua risiko termasuk kesannya pada kerjaya.

"Dia hanya mampu pasrah dan apa pun hasilnya dia terima, kalau pun kariernya musnah namun sekarang KD jauh lebih tenang dibanding sebelum-sebelumnya.

"Setelah keputusan cerai maka KD akan fokus kepada anak-anak kerana baginya anak-anak tidak pernah salah. Apa pun yang keluar dari mulut anak-anak itu bukan daripada anak-anak," ujar Elsie.

Meski apa yang ditanggungnya terasa amat berat, wanita yang berasal dari Malang itu tidak menyesali perceraiannya.

"Sejauh ini tidak ada penyesalan kerana KD sudah tetap dengan keputusannya dan inilah yang terbaik," tambah jurucakap itu lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: