Saturday, October 3, 2009

Hamas serah klip video askar Israel


IMEJ yang disiarkan semalam menunjukkan
gambar Schalit.


BAITULMAQDIS - Pergerakan Hamas menyerahkan klip video Sarjan Gilad Schalit selama dua minit yang ditawan sejak 2006 sebagai tukaran kepada pembebasan 19 tahanan wanita Palestin di sini semalam.

Seorang pegawai Israel yang melihat rakaman video itu berkata, Schalit, 23, kelihatan sihat dan bercakap lancar mengenai masa lampaunya.

Pegawai itu tidak memberikan maklumat lanjut dan tidak mahu dikenali kerana imej itu tidak disiarkan kepada orang ramai.

Rakaman itu merupakan imej jelas Schalit yang ditahan sejak tiga tahun setengah lalu.

Sebelum ini hanya tiga surat dan pita audio yang membuktikan Schalit masih hidup.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: