
MANILA - Bekas presiden Filipina Joseph Estrada (gambar) semalam mengumumkan hasratnya secara rasmi untuk bertanding dalam pilihan raya Presiden negara itu pada tahun depan.
Estrada yang memperoleh pengampunan berhubung dakwaan salah guna kuasa, masih mahu bertanding walaupun kemunculan semulanya dalam arena politik Filipina dibantah keras selain berdepan halangan undang-undang.
"Ia (pilihan raya presiden) adalah persembahan terakhir saya," katanya.
"Saya memberi jaminan untuk tidak akan mengecewakan masyarakat Filipina jika diberikan mandat baru," tambah Estrada yang merupakan seorang bekas pelakon.
Menurutnya, pengumuman rasmi mengenai rancangannya itu dibuat pada hari yang sama di sebuah kawasan setinggan di sini.
Kemunculan semula bekas presiden itu akan menandakan permulaan sebuah episod baru dalam hidup Estrada yang berliku seperti filem-filem lakonannya sebelum ini.
Bekas presiden yang berusia 72 tahun itu meletakkan jawatan semasa bantahan anti rasuah besar-besaran pada 2001 selepas beliau berkhidmat selama separuh penggal sebagai presiden.
Beliau juga pernah disabitkan dengan jenayah ekonomi pada September 2007 tetapi menerima pengampunan daripada Presiden Gloria Macapagal Arroyo.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: