
dinobatkan sebagai Bank Internet Pengguna Terbaik
di Malaysia baru-baru ini.
KUALA LUMPUR - Citibank telah dinobatkan sebagai Bank Internet Pengguna Terbaik di Malaysia oleh Global Finance bagi tahun 2009 di Asia.
Menurut Ketua E-Niaga Pengguna dari Citibank Bhd., Roy Heong, ini merupakan tahun kelima Citibank mendapat pengiktirafan tersebut dan sebelum ini ia pernah merangkul anugerah berkenaan pada tahun 2004, 2005, 2007 dan 2008.
"Kami berbangga memenangi anugerah ini daripada majalah Global Finance. Citibank komited untuk menyediakan perkhidmatan perbankan terbaik kepada pelanggan melalui Internet dan ia mampu membawa perubahan kepada cara pengguna dan usahawan berurus niaga dengan bank.
"Dalam masa yang sama, pihak bank sendiri akan terus maju menggunakan alat-alat dan teknologi berasaskan web supaya lebih mudah, pantas, selamat dan lebih ringkas bagi pelanggan,'' katanya dalam kenyataan di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: