Wednesday, October 21, 2009

20,000 kawal Susilo


SUSILO dan tetamu-tetamu undangan berdiri mendengar lagu kebangsaan selepas majlis angkat sumpah jawatan di Dewan Perwakilan, Jakarta semalam.


JAKARTA - Kira-kira 20,000 anggota polis yang dibantu sejumlah kereta perisai dikerah untuk memastikan majlis mengangkat sumpah jawatan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang memerintah Indonesia untuk penggal kedua berjalan dengan lancar di sini semalam.

Susilo akan mentadbir Indonesia untuk lima tahun akan datang setelah memenangi pilihan raya pada Julai lalu dengan berikrar untuk memakmurkan ekonomi dan memperbaiki politik tempatan.

Majlis yang diadakan di Dewan Perwakilan Rakyat tersebut turut disiarkan secara langsung ke seluruh negara.

"Demi Allah, saya bersumpah akan memenuhi kewajiban Presiden Republik Indonesia dengan sebaik-baiknya dan seadil-adilnya, memegang teguh Undang-Undang Dasar dan menjalankan segala undang-undang dan peraturannya dengan selurus-lurusnya serta berbakti kepada nusa dan bangsa," kata Susilo.

Antara pemimpin asing yang hadir ialah dari Malaysia, Australia, Brunei, Timor Leste dan Singapura.

Susilo, 60, mula menjadi presiden selepas menewaskan bekas Presiden Megawati Sukarnoputri pada 2004.


SUSILO mengangkat sumpah jawatan.


Beliau sekali lagi mengalahkan Megawati dalam pilihan raya Julai lalu.

Pemegang ijazah kedoktoran dalam bidang pertanian itu mempunyai minat mendalam terhadap lagu cinta serta pernah menerbitkan album.

"Indonesia masih boleh membangun walaupun dunia dihimpit masalah ekonomi.

"Bagaimanapun, kita tidak boleh terleka, tugas kita masih jauh. Ia seperti kapal yang belayar dan kita akan melalui ombak besar serta ribut taufan," kata Susilo.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: