TEMERLOH - Kerajaan negeri mengambil keputusan berani apabila melantik tokoh Wanita Umno tempatan, Hamiah Awang, 63, menjadi ketua kampung wanita pertama di negeri ini.
Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, pelantikan Hamiah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bongsu bukan sahaja mewakili penduduk, bahkan keseluruhan wanita di negeri ini.
Menurutnya, Hamiah adalah ketua kampung wanita pertama diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri, sekali gus menjadi wakil 700,000 penduduk wanita di Pahang ketika ini.
Katanya, wujud pertikaian mengenai keputusan itu, namun Hamiah membuktikan beliau layak kerana pemilihan dilakukan dengan cara temu duga.
"Di Temerloh kita lantik ketua kampung dengan proses teliti termasuk temu duga, hanya mereka yang layak sahaja diluluskan.
“Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh memanggil beberapa nama untuk ditemu duga bagi jawatan ketua kampung dan Hamiah terbukti memperoleh markah tinggi,” katanya di sini semalam.
Mohd Sharkar yang juga Adun Lanchang berkata, jawatan ketua kampung bukan calang-calang kerana ia berada pada kedudukan ketiga di negeri selepas setiausaha kerajaan negeri dan pegawai daerah.
Beliau berkata, untuk menjadi ketua kampung bukan sekadar bersetuju nama dicadangkan orang ramai tetapi calon itu perlu tahu berbahas dan mempertahankan kerajaan serta banyak lagi.
"Kita akui dalam pemilihan ketua kampung penggal ini banyak nama dicadangkan ditukar oleh penduduk kampung sendiri tetapi kita ambil pendirian untuk bersetuju dengan perdana menteri supaya tidak menggantikan ketua kampung sedia ada," katanya.
Hamiah yang ketika ini Setiausaha JKKK Kampung Bongsu, Lanchang, dipilih menerajui pentadbiran kampung itu berkuat kuasa 1 Julai ini.
Pelantikan Hamiah itu diumumkan Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin dalam satu kenyataan, kelmarin.
Sementara itu Shahaniza berkata, beliau berterima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob yang memberi kepercayaan kepada seorang tokoh wanita memikul tugas yang secara hakikinya dipegang lelaki.
“Beliau akan jadi ketua kampung wanita pertama di Pahang sekali gus menunjukkan usaha kita untuk memperkasakan wanita,” katanya.
Mengulas mengenai pelantikannya, Hamiah berkata, beliau terharu namun bersedia memikul tanggungjawab diamanahkan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: