BATU PAHAT - Lima individu warga Thailand dijumpai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Daerah Batu Pahat di dalam sebuah hotel bajet di sini kelmarin, sedang mengira duit hasil operasi mengutip derma secara tidak sah dilakukan mereka.
Sumber Jaij berkata, kenyataan yang menjadi viral semenjak petang kelmarin itu, menyatakan lima individu itu ditahan oleh penguat kuasa adalah tidak benar sebaliknya mereka hanya diberikan nasihat.
Katanya, ia berikutan tiada bukti kukuh untuk mendakwa mereka, kerana ketika ditemui mereka tidak berada di lokasi (bazar), sebaliknya hanya mengira duit masing-masing yang bertaburan di atas katil, di bilik hotel tempat mereka tinggal sementara waktu.
"Ketika pemeriksaan dilakukan memang benar mereka sedang mengira duit, tapi kita tidak punyai bukti kukuh untuk dakwa mereka selain hanya ada bersama mereka beberapa tabung madrasah yang mempunyai alamat di utara tanah air.
"Mereka punyai pasport dan dokumen perjalanan sah berkemungkinan menjadikan bazar Ramadan sebagai medan mencari duit raya.
"Jika mereka ini ditangkap ketika mengutip derma kita boleh ambil tindakan mengikut undang-undang yang tersedia," katanya.
Sementara itu, Jaij melalui Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Abd Mutalib Abd Rahim berkata, beliau menasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan helah sesetengah sindiket yang berselindung di sebalik nama madrasah untuk mengutip derma.
Katanya, dalam situasi meminta derma ini pihak Jaij tidak pernah mengeluarkan kebenaran mengutip derma selain meletakkan tabung di masjid-masjid di seluruh negeri ini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: