MEMASUKI tahun 2016, dapat dilihat melo industri muzik tempatan sedikit berubah. Semangat ingin mencuba dan keterbukaan rakyat Malaysia hari ini menerimanya membuatkan pembikin muzik hari ini semakin berani membuat kelainan.
Tahun ini membuka lembaran kepada penggiat baharu yang rata-rata ingin muzik lama dimainkan semula. Lagu-lagu tangkap cintan antara yang menjadi siulan hari ini.
Tidak hairanlah penyanyi seperti Suhaimi Suffian, Aiman Tino dan Projector Band antara bintang baharu yang menyinar dengan konsep ala 90-an mereka. Mereka hadir mewarnai industri seni hiburan dengan muzik ala 90-an. Ditambah dengan lirik yang mendayu (barulah tangkap cintan) tidak merosakkan lagu itu menjadikan mereka antara penggerak untuk muzik era itu kembali ke persada muzik tempatan.
Ini perkembangan positif sekaligus menunjukkan peminat sudah boleh hadam dengan apa sahaja genre muzik asalkan melodi lagu itu boleh diterima halwa telinga mereka.
Tidak hanya artis baharu, malah band seperti Khalifah begitu selesa membawakan muzik genre sebegini dan si pendengar akan mudah menyukai irama-irama sebegini. Lagu mereka, Hang Pi Mana contohnya mendapat sambutan begitu baik ditambah dengan alunan dikir barat di dalam lagu menjadikan ia seperti lagu rakyat.
Ironinya lagu tangkap cintan tidak pernah luntur dan ada peminat tersendiri.
Lagu Memori Berkasih yang usianya sudah menjangkau 15 tahun masih diterima. Bagaimana ia boleh ‘laku’ semula? Menggunakan medium terbaik seperti program yang mendapat rating tinggi serta kelunakan suara penyanyi asalnya diiringi kisah-kisah muda remaja penyanyinya Siti Nordiana dan sahabat baiknya Lan Kristal antara penyebab lagu ini semakin mendapat tempat.
Kumpulan Sweat Child yang vokalisnya Achong juga sudah pun menyatakan hasrat untuk ‘comeback’. Mungkin mereka sudah nampak corak muzik tempatan yang masih dahagakan lagu-lagu era 90-an. Dan tidak salah dikatakan, selepas ini akan banyak lagi band-band lama akan muncul semula.
Kerana itu, tidak hairan jugalah melihat gelagat Gen Y hari ini yang mula mencari siapakah gerangannya Headwind, Lefhanded, Ekamatra, Spoon, Scoin, Arrow, Sting dan banyak lagi.
Disebabkan ini jugalah, ada stesen radio meletakkan ‘syarat wajib’, lagu-lagu tangkap cintan ini antara lagu yang perlu diperdengarkan setiap hari.
Adakah revolusi lagu-lagu di Malaysia hari ini akan mengembalikan kegemilangan lagu-lagu tangkap cintan ini. Mungkin juga khidmat komposer lama seperti Eddie Hamid, Saari Amri akan diguna pakai semula?

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: