Monday, June 20, 2016

Selebriti Terkenal Cuba Goda Jung Chaeyeon




Jung Chaeyeon mendedahkan digoda ramai selebriti lelaki.
ANGGOTA kumpulan IOI iaitu Jung Chaeyeon mendedahkan sejak bergelar penyanyi dia pernah menjadi perhatian beberapa selebriti terkenal di Korea Selatan.

Soompi melaporkan Chaeyeon pernah menerima panggilan daripada selebriti terkenal yang mengajaknya untuk berjumpa selepas mendapat nombor telefonnya daripada rakan terdekat selain agensi pengurusannya.

"Selebriti yang ingin berkenalan dengan saya itu terdiri daripada penyanyi dan pelakon popular dan terkejut apabila mereka menelefon untuk mengajak saya keluar.

"Mereka menghubungi saya selepas mendapat nombor telefon daripada rakan terdekat atau pun pihak pengurusan," katanya.

Malah kata Chaeyeon salah seorang yang cuba mendekatinya ialah penyanyi kegemarannya sendiri.

Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan identiti selebriti berkenaan.

Dia menolak semua pelawaan tersebut berikutan belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.

Tambahnya buat masa ini dia mahu menumpukan perhatian kepada kerjayanya terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: