TIDAK lama selepas hubungan cintanya dengan aktor, Kamal Adli berakhir, aktres berdarah kacukan, Intan Ladyana dilihat semakin menyepi dari industri seni.
Bahkan ketika pratonton tayangan filem lakonannya, Banglo Berkunci diadakan tahun lalu, gagal hadir dan memberikan alasan kurang sihat.
Bagaimanapun selepas setahun, wanita berusia 34 tahun ini mula kembali menyertai beberapa majlis hiburan termasuklah yang terbaharu ketika rakaman Melodi Raya, baru-baru ini.
Menjelaskan kehilangannya, Intan berkata, ada beberapa punca yang menyebabkan dia memilih untuk mendiamkan diri.
Katanya, sepanjang tempoh 'kehilangannya' itu, dia memilih untuk menghabiskan masa dengan berehat dan melancong bagi merehatkan minda selepas sibuk bekerja.
"Seronok juga kerana sepanjang tempoh saya berehat, saya dapat melakukan aktiviti yang sebelum ini tidak dapat dilakukan bersama keluarga dan rakan.
"Selain melancong dan melakukan rutin harian yang jarang dapat saya lakukan, tempoh itu banyak mengajar saya mengenali diri sendiri," jelasnya.
Enggan menoleh lagi ke belakang, Intan juga memilih untuk tidak bercakap mengenai soal peribadi sehingga tiba satu tempoh masa yang sesuai.
Dalam pada itu, berkongsi perkembangan terkininya, berkata, dia sudah bersedia untuk kembali aktif selepas Aidilfitri kelak.
Selain itu Intan berhasrat mahu menceburi dunia perniagaan, namun buat masa ini dia belum memutuskan jenis perniagaan yang ingin dilakukan.
“Melihat sekarang ni ramai rakan artis berniaga, saya juga punya rancangan nak buka bisnes tapi buat masa ni saya belum tahu lagi apa yang saya mahu buat sebab saya tak mahu buat bisnes yang sama seperti orang lain,” tuturnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: