MASIH ingat anda kepada filem Melayu klasik arahan pengarah terkenal Jamil Sulong berjudul Lela Manja yang diterbitkan sekitar 1960.
Bagi yang pernah menontonnya, pasti tergambar di mata anda jalan cerita dipaparkan penuh kekejaman, nilai kasih sayang dan keadilan yang dimuatkan menerusi filem itu.
Kepada yang tidak pernah menontonnya pula, peluang baik bagi anda untuk menyaksikan karya hebat yang diadaptasikan ke pentas teater di bawah terbitan Creative Impact Solution ini.
Ini kerana bukan sahaja mendapat sentuhan barisan pengarah, adaptasi skrip, sentuhan artistik, koreografer dan pemuzik hebat, tetapi pelakonnya juga bukan calang-calang dalam industri seni tempatan.
Menurut pengarahnya, Ramli Lani, pihaknya memilih barisan pelakon terlibat kerana percaya dengan kredibiliti mereka memainkan peranan yang dipertanggungjawabkan.
“Pelakon terpilih sudah diakui kehebatan mereka dalam bidang lakonan. Sama ada bagi watak antagonis atau sebaliknya, mereka ini mempunyai kekuatan daripada aspek ekspresi wajah dan penghayatan watak tersendiri.
“Lagipun karya ini sangat hebat dan memerlukan barisan pelakon yang benar-benar berkemampuan menginterpretasikan watak masing-masing,” katanya karya berkenaan masih mengekalkan keaslian plot serta wataknya.
Teater yang dibantu Khairulnazwan Rodzy sebagai pengarah ini, bertujuan membawa filem Melayu klasik ke pementasan teater dan mengangkat genre itu di persada antarabangsa.
Sedikit mengenai jalan ceritanya, ia berkisarkan kehidupan Lela dan Manja adik-beradik yang dizalimi ibu tiri mereka.
Apabila bapa mereka, Sang Naka dibunuh Dang Suri, Lela dan Manja melarikan diri.
Bagaimanapun, kedua-duanya terpisah dan bermulalah perjalanan hebat suka dan duka kisah Lela Manja ini.
Lela Manja akan dipentaskan di panggung berprestij Istana Budaya (IB) pada 22, 23, 24, 29, 30 dan 31 Julai nanti.
Nabila Huda jadi mak tiri
Sebut sahaja Nabila Huda, pasti ramai mengakui kehebatan pelakon versatil itu.
Berikan apa sahaja watak, sudah tentu anak kepada penyanyi Amy Search itu mampu menjayakannya dengan baik.
Berpeluang menjadi Dang Suri menerusi Lela Manja, kata Nabila, dia sebenarnya sangat teruja memainkan karakter itu.
“Saya memang suka melakonkan atau mengambil cabaran menjadi karakter-karakter berbeza di pentas teater.
“Kerana itu, saya sangat mahukan peranan ini. Walaupun pada awalnya ada Ketua Pengarah IB, Abang Joe mahu melihat saya menjadi Lela, tetapi saya terpaksa menolaknya.
“Tawaran penerbit untuk saya menjadi Suri, disambut dengan penuh gembira kerana ia satu peranan yang sangat mencabar,” katanya ditemui pada sesi latihan teater berkenaan di IB baru-baru ini.
Tambah Nabila, dia perlu menjalankan banyak kerja untuk memastikan watak tersebut hidup di mata penonton.
“Ini kali pertama saya menjadi mak tiri, walaupun banyak melakonkan pelbagai karakter, tetapi bukan mudah untuk mempamerkan perasaan marah itu sentiasa.
“Bagi saya ia amat memenatkan, kerana itu saya memerlukan tenaga yang cukup supaya watak ini tidak nampak lemah,” katanya.
itanya adakah dia tidak bimbang dibandingkan Dang Suri dalam filem, katanya, dia yakin peminat filem itu bijak dan tidak akan membandingkan mereka.
“Mak tiri zaman dahulu sangat kejam dan bertimbang rasa. Sebagai Dang Suri saya juga akan menjadi sebegitu. Tetapi ia akan digambarkan dengan gaya saya yang tersendiri,” katanya.
Ujar Nabila, dia juga menonton filem lama seperti Bawang Merah dan Bawang Putih dan Lela Manja sendiri untuk mendapat inspirasi.
“Sedikit sebanyak ia membantu saya memahami peranan ini, apa pun, saya harap peminat berpuas hati nanti,” kata Nabila yang berhenti menerima sebarang tawaran kerja untuk fokus terhadap teater ini.
Komplot Syazwan Zuklifli, Jay Iswazir
Nama kedua-dua pelakon ini juga tidak asing dalam kalangan peminat seni tempatan. Sementelah mereka amat dekat dengan karya-karya atau watak-watak antagonis serta mempunyai unsur jahat.
iberikan kepercayaan menjadi ‘orang jahat’ iaitu Panglima Harimau Berantai, akui Syazwan Zulkifli berkata, dia bagaimanapun mahu mengubah persepsi penonton yang sinonim melihatnya membawakan karakter sebegitu.
“Banyak bezanya menjadi jahat di filem dan teater. Ini persembahan live, saya perlu pastikan ia sempurna.
“Jika berlaku kesilapan akan menyusahkan semua khususnya kepada perjalanan teater itu sendiri,” katanya.
Merupakan kali pertama berlakon di pentas teater, kata Syazwan, dia menyahut cabaran tersebut sebagai permulaan yang baik.
“Sebelum ini memang saya mahu berlakon teater, tetapi saya tidak berani. Tetapi peluang kali ini tidak dilepaskan kerana watak itu sendiri mempunyai kekuatan dan tarikan,” katanya.
Menurut Jay Iswazir pula, bergelar Megat Komeng menerusi teater itu sangat dihargainya.
“kali ketiga saya terlibat di pentas teater, sebelum ini saya memainkan karakter jahat dan kali ini pun sama.
“Saya anggap ini sebagai pujian kerana diberi kepercayaan terlibat dengan produksi serta sebuah karya yang hebat.
“Tetapi bukan mudah kerana saya yakin audiens memberi tanggapan tinggi terhadap setiap karakter terlibat,” katanya.
Ditanya apakah bonus baginya keranamiliki wajah yang tampak ganas, Jay tergelak dan berkata, wajah ganas sahaja tidak mencukupi.
“Jika karakter tidak digambarkan dengan baik, wajah sahaja tidak mampu membuatkan kita bagus di pentas.
“Oleh itu, saya perlu menghayati dan mendalami watak ini sebaiknya,” katanya mengakhiri perbualan.
Selain Nabila, Syazwan dan Jay, pementasan teater ini dijayakan Aeril Zafrel, Hafidz Roshdi, Shahronizam Noor dan Rashdan Baba.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: