TUMPAT – Bukan hidup mewah didambakan, sebaliknya kasih sejati nenek angkat, menyebabkan seorang remaja perempuan di sini sanggup berkongsi kedaifan hidup di sebuah pondok usang di Kampung Kubang Sawa, di sini.
Ramadan ini mungkin remaja seusianya enak menikmati makanan lazat, namun mereka dua beranak hanya makan ala kadar.
Meskipun terpaksa memasak menggunakan dapur kayu, tetapi bagi Siti Suzilawati Asing, 15, lauk disediakan neneknya, Mek Su Salleh, 81, antara yang paling lazat.
“Kami hidup miskin, tetapi bahagia. Nenek adalah segala-gala bagi saya, dialah ibu, dialah ayah, dialah nenek, dialah kawan,” katanya ketika ditemui semasa Ziarah Ramadan Pertubuhan Gagasan Melayu Tumpat.
Mereka sebelum itu turut mendapat perhatian Adun Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail.
Mek Su berkata, demi cucunya itu, dia sanggup berkorban apa saja kerana Siti Suzilawati penyeri hidupnya selama ini.
“Makcik tiada zuriat. Ada ambil dua anak angkat, seorang daripadanya ibu Siti Suzilawati. Tetapi dia dah kahwin lain, jadi makcik jaga cucu makcik ini,” katanya.
Menurut Mek Su, dia sedar dengan kudratnya sekarang, dia tidak mampu untuk memberi kemewahan kepada Siti Suzilawati, namun dia yakin kasih sayangnya dapat membahagiakan cucunya itu.
Katanya, dia ada menerima bantuan bulanan daripada Majlis Agama Islam dan Istiadat Negeri Kelantan (Maik) sebanyak RM350 yang digunakan untuk menyekolahkan cucunya itu yang merupakan pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Ugama Arab Nurul Huda, Kajang Sebidang.
"Makcik akan jaga dia sampai bila-bila, meskipun kadangkala terpaksa berjimat kerana hanya bergantung pada bantuan Maik.
“Makcik tak beli baju raya baru tak apa, asalkan cucu makcik ini dapat pakai baju baru. Kadangkala ibu Siti Suzilawati ada juga hantar belanja,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: