KISAH legenda, Naga di Tasik Chini sememangnya antara cerita mitos yang begitu popular di negara ini.
Malah kisah yang sudah diceritakan dari turun temurun itu turut mendorong beberapa penggiat seni menghasilkan filem mengenainya.
Antaranya oleh Seniman Nordin Ahmad yang pernah mengarahkan kisah ini pada 1966.
Kemudian pada 2003, kisah ini sekali lagi cuba difilemkan oleh pengarah Mohd Raffi Hussain tetapi impian tersebut tidak terlaksana selepas arwah meninggal dunia.
Bagaimanapun kisah naga Tasik Chini ini akan kembali di angkat oleh seorang penggiat seni, Mohd Rafeezi Mohd Zin atau Pveezi Zain, tidak lama lagi.
Biarpun filem The Chini Saga ini sudah tertangguh empat tahun selepas pengumuman kali pertamanya sebelum ini, namun Pveezi tetap optimis meneruskan impiannya.
"Alhamdulillah akhirnya kami berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM20 juta bagi menyiapkan filem ini. Saya juga telah menambah RM5 juta lagi untuk kos promosi termasuk mengeluarkan aplikasi bagi filem ini.
"Kami dijangka akan memulakan penggambaran secara berperingkat pada pertengahan Julai nanti. Antara lokasi filem ini termasuklah di negara Norway, India, China, Indonesia dan Thailand," katanya kepada media ketika ditemui pada majlis sidang media dan buka puasa baru-baru ini.
Di tebak mengenai kos penggambaran yang tinggi serta penangguhan yang lama, Pveezi menjelaskan, pihaknya sudah mengira dari pelbagai sudut sebelum mengambil keputusan untuk mengeluarkan sebuah filem dengan bajet besar.
"Tidak dinafikan filem ini sudah beberapa kali tertangguh akibat masalah bajet. Alhamdulillah atas usaha bersama, kami berjaya mendapatkan penaja yang mempercayai dan sudi melabur untuk filem ini.
"Kami berani menghasilkan filem dengan bajet besar kerana filem ini bukan sahaja akan ditayangkan di Malaysia tetapi juga di beberapa negara luar seperti China, India, Eropah dan beberapa negara lain," jelasnya.
Berkongsi lebih lanjut mengenai filem ini, Pveezi berkata, The Chini Saga melibatkan 90 peratus CGI (Imej Janaan Komputer) dan menggunakan 90 peratus bahasa Inggeris.
Bukan itu sahaja, dia juga mendapatkan khidmat beberapa nama besar dari luar yang akan muncul sebagai cameo di dalam filem ini nanti.
"Saya bukan beromong kosong tetapi perkara ini sudah mendapat pengesahan dari wakil pelakon terkenal seperti Jackie Chan, Rajnikanth dan Sonam Kapoor.
"Memandangkan filem ini akan ditayangkan di negara mereka, maka perlu akan kemunculan istimewa pelakon negara berkenaan," ujarnya yang turut menggunakan khidmat pelakon dari Malaysia.
Pveezi berkata, apa yang diharapkannya kini, filem tersebut dapat disiapkan dan ditayangkan mengikut jadual serta mendapat sambutan yang baik apabila ditayangkan kelak.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: