PERAYAAN Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Dalam kesibukan menyiapkan pelbagai kelengkapan raya, hidangan biskut sebagai juadah di hari raya pastinya menjadi satu kemestian buat seluruh isi rumah.
Selain masih mengekalkan kuih tradisional, biskut moden pastinya turut berada dalam senarai pilihan. Kuih tart misalnya, sering menjadi pilihan ramai setiap kali lebaran tiba.
Mempunyai pelbagai inti seperti beri biru, nenas dan coklat, kuih tart turut ditambah dengan lapisan keju (cheese) yang pastinya membuatkan ramai terliur melihatnya.
Suri rumah, Amydia Amrullah, 24, mengakui cheese tart menjadi pilihan utamanya untuk lebaran kali ini. Mempunyai rasa enak, katanya, ia bukan sahaja digemari orang dewasa bahkan juga kanak-kanak.
"Saya amat menyukai keju, maka kerana itulah saya memilih cheese tart sebagai juadah biskut raya tahun ini. Malah saya juga sanggup menempah awal kerana tidak mahu berputih mata untuk menikmatinya," katanya.
Amydia berkata, cheese tart bukan sahaja enak, bahkan rupa bentuknya juga sangat comel dan menarik perhatian.
Menurutnya, kuih tersebut lebih enak dimakan ketika sejuk. Jika tidak disimpan di dalam peti ais, ia akan mudah cair, sekali gus menjejaskan rupa bentuknya.
"Kuih ini agak sensitif dengan haba jadi seeloknya ia dimakan selepas dikeluarkan daripada peti ais.
"Walaupun kuih ini mampu bertahan dalam tempoh seminggu, namun tidak sampai sehari pasti tinggal bekas kosong," katanya.
Malah kebanyakan ahli keluarganya amat menyukai kuih tersebut, setiap kali majlis ia pasti menjadi hidangan wajib.
Lemak berkrim disukai ramai
Sementara itu, peniaga, Muhammad Najwan Zulhemay, 25, berkata, sambutan raya kali ini pastinya beri kelainan kepada keluarganya.
"Kebiasaannya hidangan biskut dan kek menjadi keutamaan keluarga pada raya pertama.
"Kali ini saya ingin perubahan terutama dari segi hidangan agar ia lebih pelbagai di meja," katanya.
Biarpun kurang menggemari pencuci mulut kerana kebanyakan rasanya sangat manis, namun berbeza dengan cheese tart kerana baginya, ia tidak terlalu manis dan rasanya lemak berkrim membuatkan sesiapa sahaja menyukainya.
"Inti jem pilihan adalah beri biru. Biarpun harga agak mahal berbanding biasa, tiada salahnya berbelanja besar untuk perayaan kali ini," katanya.
Tidak hanya sesuai untuk perayaan, Muhammad Najwan berkata, cheese tart juga sesuai untuk dijadikan sebagai buah tangan.
Permintaan meningkat
Bagi peniaga, Seri Ayu Ruhaizad, kos menghasilkan cheese tart agak tinggi, maka tidak hairanlah harganya lebih mahal berbanding kuih raya lain.
Katanya, penyediaannya juga lebih rumit memandangkan ia menggunakan bahan premium.
"Dari segi penyediaannya, bermula dengan bancuhan adunan, acuan, pembakaran, mengisi jem, keju dan sebagainya mengambil masa serta ketelitian penuh.
"Ia juga memakan masa lebih lama kerana bukan semua cheese tart mampu memiliki rasa sempurna yang dimahukan pelanggan.
"Bagi saya, kerana itulah cheese tart mempunyai rasa dan keunikan tersendiri berbanding kuih lain," katanya.
Bukan sahaja enak, katanya, kombinasi biskut, jem dan keju sememangnya menjadi kegemaran ramai biarpun harga lebih mahal.
Pemilik Baked By Seri itu bersyukur sambutan yang diterima amat menggalakkan.
"Jualan tinggi apabila promosi kombo diperkenalkan (pelbagai jenis kuih tart) sempena Ramadan," katanya.
Promosi tersebut menarik perhatian ramai kerana setiap inti mempunyai pengikut tersendiri.
Kombo yang diperkenalkan memberi pilihan kepada pelanggannya sama ada kuantiti besar atau kecil.
"Jarang sekali pelanggan dapat membeli dalam kuantiti banyak kerana ada yang ingin kuantiti lebih kecil dan sekadar merasa kuih ini terlebih dahulu.
"Promosi ini dijalankan sehingga 1 Julai iaitu seminggu sebelum Aidilfitri agar tempahan dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan," katanya.
Walaupun tempahan sedikit perlahan pada Ramadan, namun permintaan menjelang Aidilfitri semakin meningkat.
Menggunakan konsep 'freshly baked', dia sering mengingatkan pelanggan tempahan perlu dilakukan lebih awal iaitu dua hingga tiga hari lebih awal untuk kuantiti kecil.
"Jika pelanggan ingin menempah dalam kuantiti besar, mereka perlu menempah sebulan atau dua bulan lebih awal," katanya.
Cheese tart buatan homemade Baked By Seri turut menerima tempahan untuk lain-lain perayaan dan majlis dengan harga bermula RM1.20 sebiji bergantung kepada jenis kuih tersebut.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: