FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki dari Tampa Bay digelar hero selepas aksi spontannya menyelamatkan puluhan anak itik yang terjatuh dari tebing di Busch Garden.
Eric Pelno bersama teman wanitanya Channing Deren bersiar siar di Busch Garden pada Sabtu lalu ketika berasa sesuatu terjatuh di bahu wanita itu.
Apabila wanita itu berpaling, seekor anak itik terjatuh dari tebing yang berketinggian 30 kaki.
Bagaimanapun, bukan hanya seekor anak itik yang terjatuh, malah berbelas lagi anak itik yang terjatuh menyebabkan Eric yang berada di situ menyambut dan menyelamatkan kesemua anak itik itu.
"Eric menangkap kesemua anak itik itu, namun hanya seekor anak itik yang gagal ditangkap dengan sempurna dan patah kaki," kata Channing dalam laman Facebooknya.
Anak itik berkenaan kemudian diletakkan semula dengan ibu itik berkenaan dan anak itik yang cedera kemudian diberikan rawatan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: