DAGING kambing berjus dan cukup rempah dimasak secara panggang (grill) ternyata menjadi juadah pilihan orang ramai untuk berbuka puasa, mahupun bersahur pada Ramadan kali ini.
Trend jualan menu kambing sebagai juadah berbuka puasa menjadi fenomena baharu menjelang Ramadan apabila ramai peniaga berlumba-lumba membuka kios dan gerai jualan.
Lebih unik, ada peniaga yang menjual daging kambing itu mengikut gram dan ada yang menggunakan ‘magic pan’ serta masak secara grill untuk tontonan umum dengan harga lingkungan RM6 sehingga RM13.
Bukan sahaja bergantung kepada rasa unik daging kambing yang dijual tetapi rata-rata pengunjung percaya, kuah lada hitam mempengaruhi cita rasa mereka sehingga sanggup beratur di gerai sama keesokannya.
Menu wajib berbuka
Pengunjung, Norhaziqah Saharudin, 22, berkata, menu kambing panggang yang dijual di bazar Ramadan lebih mencuri perhatian dan seleranya untuk dijadikan juadah berbuka puasa.
“Masa puasa ni lah peluang nak makan menu kegemaran macam kambing panggang. Lagipun ramai yang jual menu sama, kena pandai cari mana yang sedap dan ikut selera.
“Bukan nak kata yang jual dekat kedai makan atau restoran makanan barat tu tak sedap, tapi masa puasa ni lah kita boleh rasa suasana bazar Ramadan dan daging kambing dimasak secara depan-depan.
“Kadang-kadang saya selalu tempah dengan kawan yang jual daging kambing sejuk beku secara ‘delivery’ untuk stok sahur. Sekarang ni lebih mudah sebab ada peniaga buat jualan terus ke rumah,” katanya.
Selera bulan puasa
Mohd Aiman Junoh, 32, berkata, dia tidak menafikan menu kambing panggang nampak lebih menyelerakan ketika dijual pada bulan puasa.
“Masa puasa ni lah selera macam-macam dan bila nak cari menu kambing panggang memang tak susah sebab ramai yang jual. Cuma saya akan ‘repeat’ gerai yang sama kalau kena dengan selera.
“Memang saya ni peminat daging kambing, kalau kena dengan selera memang saya sanggup beli hari-hari. Cuma kadang-kadang pelik harga dijual ada yang murah, ada mahal,” katanya.
Niaga sekadar suka-suka
Bagi seorang peniaga di Warung Kak Su Kampung Bukit Hijau, Nashrul Syafiq Noordin, 29, menu daging kambing panggang menjadi pilihannya untuk jualan sepanjang Ramadan memandangkan rasa yang unik dan lain daripada yang lain.
“Memang tak dinafikan, permintaan daging kambing panggang ‘double’ masa bulan puasa, lebih-lebih sekarang ni ramai yang lepak warung tengok Euro 2016.
“Alhamdulillah, rezeki Ramadan cukup memberangsangkan dan peluang ni memang saya tak akan lepaskan, lebih-lebih lagi ramai pelanggan suka makan juadah ini untuk berbuka.
“Mula-mula tu memang niat niaga untuk suka-suka saja tapi tak sangka pula ada orang suka dan permintaan pula cukup tinggi lebih-lebih lagi masa puasa ni,” katanya.
Resipi tersendiri
Nashrul Syafiq yang juga ejen insurans berkata, dia tidak menyangka resipi daging kambing panggang yang diolah dengan cara tersendiri memenuhi cita rasa pelanggan.
“Saya tak belajar dari mana-mana pun tapi cuba masak sendiri. Mula-mula tu tak yakin tapi bila ramai kata sedap, saya teruskan resipi ini dengan memastikan daging berjus dan lembut.
“Kuah lada hitam yang disajikan juga kena ‘serasi’ dan alhamdulillah air tangan saya menjadi. Mungkin lepas ni juadah lain akan dibuka termasuk masakan 'western' selain burger,” katanya yang mula berniaga dua bulan lalu.
Peluang tambah duit raya
Bagi eksekutif akauntan sebuah klinik, Nurus Sakinah Hamisan, 24, dia sanggup berniaga daging kambing sejuk beku secara sambilan memandangkan permintaan cukup tinggi sepanjang Ramadan.
“Ini peluang nak tambah duit saku untuk raya. Saya jual daging kambing sejuk beku yang siap dengan rempah sebab senang, pelanggan tinggal masak saja.
“Saya guna resipi sendiri sebab memang peminat daging kambing dari kecil dan bila mula-mula promosi dalam Facebook, Instagram dan WeChat, ramai yang tanya.
“Bila ramai tanya jual ke? saya pun terfikir mungkin ni peluang nak buat jualan kecil-kecil dan 'delivery'. Bila ramai yang suka, saya pun teruskan jualan lebih-lebih lagi masa puasa ni," katanya.
Menurutnya, dia lebih suka jual terus kepada pelanggan kerana beranggapan ada orang tidak suka bersesak di bazar Ramadan dan lebih suka menyediakan juadah berbuka di rumah.
“Alhamdulillah, rezeki Ramadan ini banyak membantu dan resipi saya jadi pilihan,” katanya yang menjalankan penghantaran terus ke rumah pelanggannya di sekitar Puncak Alam, Meru dan Kuala Selangor.
Permintaan meningkat
Peniaga mengakui daging kambing menjadi pilihan masyarakat pada Ramadan, membuatkan permintaannya meningkat berbanding hari biasa.
Peniaga daging kambing, Basri Shafie, 40, menyifatkan Ramadan antara bulan untuknya memperoleh rezeki lebih.
Menurutnya, sepanjang 14 tahun menjalankan perniagaan daging kambing, permintaan akan meningkat setiap kali Ramadan dan menjelang hari raya.
“Rezeki ALLAH SWT tentukan, tapi ada lebih sedikit berbanding hari biasa. Jika hari biasa saya jual dalam seekor setengah, bulan puasa antara dua ke tiga ekor,” katanya.
Tambah Basri, rata-rata pelanggannya terdiri daripada isi rumah berbanding peniaga.
Situasi sama dilalui Ilyana Nor Mohamed, 29, yang menjalankan perniagaan daging kambing secara turun temurun sejak 40 tahun lalu.
Ilyana berkata, perniagaan sejak tiga generasi itu banyak menumpukan bekalan untuk restoran sekitar Lembah Klang.
“Setiap tahun, bulan puasa memang ditunggu-tunggu. Biasanya dalam 20 ekor kambing sehari, tetapi pada bulan puasa dan menjelang Syawal, permintaan boleh meningkat sehingga 50 ekor,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: