MELAKA - Gara-gara terlalu percaya dengan janji manis dari rakan facebook yang baharu dikenalinya dari luar negara, seorang kakitangan sebuah hotel di negeri ini mengalami kerugian hampir RM60,000 dipercayai angkara sindiket penipuan.
Salmah, 48, (bukan nama sebenar) berkata, semuanya berpunca apabila rakan Facebook berkenaan yang dikenalinya sebagai Adam Nelson dari London berjanji mahu memberikan wang kepadanya berjumlah AS$200,000 (RM818,000).
Menurut Salmah, dia mula berkenalan dengan lelaki menerusi Facebook pada Mei lalu namun setelah dua minggu perkenalan lelaki itu menyatakan hasrat mahu datang ke Malaysia dan menemui keluarganya.
Dia berkata, pada 1 Jun, Adam Nelson menghubunginya menyatakan dia telah sampai di KLIA tetapi telah ditahan oleh anggota Kastam bertugas termasuk barangan yang dibawa bersama.
"Tidak lama kemudian seseorang yang mengakui dirinya pegawai Kastam menghubungi telefon bimbit saya menyatakan rakan saya itu telah ditahan kerana membawa wang dengan jumlah yang besar.
“Lelaki itu juga meminta saya menjelaskan bayaran sebanyak RM4,200 sekiranya mahu melepaskan barangan terbabit.
"Mula-mula saya enggan membayar tetapi apabila Adam sendiri yang memujuk saya sambil menyatakan kedatangannya ke negara ini semata-mata kerana saya, akhirnya saya bersetuju dengan memasukan wang berkenaan ke akaun milik individu seorang warga tempatan seperti diarahkan," katanya ketika merujuk kes berkenaan kepada Pembela BN Negeri Melaka, semalam.
Katanya, setelah membuat pembayaran, dia menghubungi lelaki itu semula dengan hasrat rakannya itu dilepaskan.
Sebaliknya dia diberitahu rakannya itu tidak boleh dilepaskan kerana wang yang dibawa terlalu banyak.
"Pegawai Kastam itu meminta saya membuat surat pengisytiharan wang yang dibawa,” katanya.
Salmah berkata, dia ada menghubungi pihak Imigresen di KLIA untuk pengesahan tetapi mereka menjelaskan tiada menahan lelaki yang dikatakan rakannya itu.
“Sebaliknya apabila saya cuba menghubungi Adam Nelson, dia tetap menyatakan telah ditahan oleh pihak berkuasa negara ini.
"Tambah rumit lagi apabila saya diminta menjelaskan bayaran tambahan berjumlah RM20,700 dan saya sudah membayarnya menerusi beberapa transaksi ke dalam akaun milik individu tersebut.
“Pada 3 Jun, lelaki yang kononnya sebagai Pegawai Kastam menghubungi saya menyatakan dia akan menghantar pulang rakan saya ke negara asalnya manakala barangan yang berupa wang berjumlah AS$200,000 masih ditahan dan sekiranya saya mahukan bungkusan terbabit haruslah membayar sejumlah lagi,” katanya.
Salmah berkata, pada 21 Jun lalu, dia dihubungi oleh seorang lelaki yang menyatakan mahu bertemu saya di Cyberjaya bagi membincangkan mengenai barangan yang ditahan tersebut.
“Akhirnya, saya dengan ditemani seorang kakak telah pergi ke sana dan di sana saya telah diminta membayar sejumlah lagi wang menjadikan jumlah keseluruhannya RM57,200.
“Lebih menyakinkan saya lagi apabila lelaki itu turut menunjukkan saya wang tersebut yang diletakkan di dalam sebuah beg. Malah dia turut menyuruh saya mengambil sedikit dengan jumlah AS$200 untuk saya tukarkan ke mata wang negara ini.
“Lelaki itu menjelaskan, sekiranya saya mahukan wang berkenaan, saya perlu membayar sejumlah lagi wang tetapi saya sudah tiada duit,' katanya yang masih berharap dapat memiliki bungkusan berisi wang berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Aziz berkata, pihaknya sudah menasihatkan kepada wanita yang menjadi mangsa berkenaan supaya membuat laporan polis dengan segera.
“Dalam masa sama, Pembela BN akan menyediakan seorang peguam bagi mempercepatkan kes ini.
"Saya juga ingin menasihatkan orang ramai supaya berwaspada serta jangan mudah terpedaya dengan penipuan sebegini yang dianggap sebagai African Scam’,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: