APABILA sebut nama hero terkenal Bollywood, pasti Salman Khan antara aktor yang disenaraikan.
Mana tidaknya, sejak lakonan pertamanya menerusi filem Biwi Ho To Aisi pada 1988, ia telah melonjakkan kariernya dan sehingga ke hari ini namanya masih menjadi sebutan.
Berilah apa sahaja watak, nyata lakonan yang diberikan oleh aktor ini tidak pernah mengecewakan peminatnya.
Walaupun dari sudut peribadi, Salman tidak pernah terlepas daripada kontroversi, namun itu tidak sedikit pun mencacatkan perjalanan seninya.
Hampir tiga dekad berada di dalam bidang ini, Salman akui anugerah tidak lagi menjadi kepentingan buat dirinya.
Malah, dia turut berpendapat, penganugerahan seharusnya lebih layak diberikan kepada generasi pelakon pelapis yang kini sedang mewarnai industri Bollywood.
“Sekarang penghargaan seperti itu bukan lagi sesuatu yang penting untuk kerjaya saya dan lebih selesa jika ia diberikan kepada pendatang baharu yang lain.
“Bagi saya, semua pelakon yang bekerja keras menjayakan karier mereka layak mendapat penghargaan ini.
“Mulai saat ini saya tidak mahu lagi tercalon di mana-mana anugerah kerana selepas 25 tahun, sudah tiba masanya untuk saya beri laluan kepada pelapis yang lain,” katanya menerusi Indian Express.com.
Watak peninju
Selepas tampil hebat menerusi filem Bajrangi Bhaijan, Salman sekali lagi bakal mencuri tumpuan peminat menerusi projek terbaharunya, Sultan.
Pastinya filem ini antara yang dinanti-nantikan peminat seluruh dunia memandangkan trailer filem tersebut yang dimuat naik sejak Mei lalu meraih lebih dua juta tontonan.
Keterujaan peminat untuk menyaksikan filem ini mungkin kerana melihat sisi berbeza yang ditampilkan oleh Salman sebagai seorang peninju bernama Sultan Ali Khan.
Biarpun berpengalaman dalam bidang lakonan, namun aktor berusia 50 tahun ini akui Sultan adalah filem yang mencabar kredibilitinya sebagai pelakon.
“Sultan adalah naskhah yang sangat besar. Untuk mempersiapkan diri memegang watak utamanya, saya harus menambah berat dan membina badan yang lebih berotot seperti seorang peninju.
“Tambahan pula, genre filem ini adalah aksi, jadi penampilan saya juga harus lebih kelihatan sasa.
“Kalau filem Bajrangi Bhaijan menampilkan jalan cerita yang lebih emosi, tetapi Sultan penuh dengan babak aksinya,” katanya dalam laporan Bollywoodlife.
Menerusi filem ini, Salman turut digandingkan dengan aktres cantik, Anushka Sharma dan barisan pelakon lain seperti Suzi Khan, Randeep Hooda, Amit Sadh dan Tyron Woodley.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: