SEKINCHAN - Seorang wanita cacat penglihatan tetap tabah mengharungi liku kehidupan apabila terpaksa menjaga suaminya yang lumpuh separuh badan dan dua lagi anaknya yang masih bersekolah.
Nooraini Abdul Majid, 47, yang menetap di Kampung Parit 7 Sekinchan berkata, sejak buta lima tahun lalu, dia reda dengan segala ketentuan-Nya.
“Biarlah saya buta sekalipun, tapi tanggungjawab pada suami dan anak-anak tetap jadi keutamaan. ALLAH tarik nikmat ini sebab nak saya lebih kuat jadi isteri dan ibu.
“Saya tetap jalankan tanggungjawab sama macam saya celik dulu. Memasak, kemas rumah dan basuh kain... dah lali dengan jiwa saya. Takkanlah sebab buta, saya nak tinggalkan semua ini,” katanya.
Menurutnya, doktor yang merawatnya mengesahkan urat matanya itu terputus menyebabkan dia cacat penglihatan seumur hidup.
“Mata saya tak boleh sembuh lagi walau ada penderma sekali pun.
"Mula-mula dulu kabur sebelah kiri... lama-lama mata kiri tak nampak hingga merebak ke mata kanan,” katanya.
Dia berkata, walaupun mengakui pergerakannya terbatas, namun bersyukur kerana suaminya, Aris Hamzah, 57, dan dua anaknya, Nur Ain Wahida, 16, dan Luqman Hakimi, 12, amat memahami dirinya.
“Suami biasanya tolong saya bukakan api dapur gas setiap kali saya nak masak, anak lelaki pula tolong belikan ikan dan sayur di Pasar Pekan Sekinchan,” katanya.
Dalam pada itu, Nooraini bersyukur apabila masih diberi kesempatan melihat sewaktu suaminya diserang strok kira-kira lapan tahun lalu.
“Sempat jugalah saya urus suami yang terlantar lebih setahun dulu. Waktu tu, suami hilang ingatan dan badan kanan dia tak boleh gerak, sampaikan anak-anak pun dia tak kenal.
“Alhamdulillah, suami makin pulih, cuma keadaannya tak macam dulu. Kalau jalan pun, kakinya terhincut-hincut... tak bolehlah nak buat kerja berat macam dulu lagi,” katanya.
Menurutnya, dalam kepayahan itu, dia tetap bersyukur apabila menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebanyak RM250.
“Suami pun dapat RM200 sebulan dari JKM. Maknanya, bantuan bulanan kami sekeluarga RM650... semua tu kami guna untuk tampung perbelanjaan termasuk anak-anak sekolah dan barangan dapur.
“Biasanya duit ini cukup untuk sara hidup kami sekeluarga, kalau nak makan mewah tu memang tak mampulah. Kadang-kadang tu pernah juga duit tak cukup, tapi taklah sampai kami tak makan... paling tak pun, saya masak nasi dengan telur saja,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, dia merayu untuk mendapatkan kerusi roda dan motosikal OKU bagi memudahkan mereka untuk bergerak.
“Kadang-kadang saya kasihan tengok anak bongsu saya terpaksa kayuh basikal sorang-sorang ke pasar.
“Kalau nak beli motosikal OKU dan kerusi roda memang tak mampu sebab duit yang ada ni pun cukup-cukup untuk sara hidup.
"Tapi, kalau ada kerusi roda senang juga saya nak bergerak dalam rumah ni.. sebab sekarang ni pun saya guna tongkat kalau nak masak di dapur," katanya.
Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh terus menghubungi Nooraini menerusi talian 012-2503955.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: