Wednesday, June 22, 2016

Big Bang Bimbang Kecewakan Peminat




KUMPULAN popular Big Bang memberitahu bahawa bimbang dengan kerjaya mereka setelah mencecah 10 tahun dalam industri hiburan.

Ketua kumpulannya, G-Dragon berkata, mereka juga berasa terbeban untuk terus mengekalkan populariti kumpulan itu.

Tambahnya, mereka bimbang akan mengecewakan peminat-peminat yang selama ini menyokong kerjaya Big Bang.

"Hari ini adalah ulang tahun kesepuluh kami dalam industri, saya mula bimbang dan takut dengan kekecewaan peminat kepada kami suatu hari nanti, bukan perkara mudah untuk kami terus bertahan," ujarnya.

G-Dragon berharap peminat terus menyokong Big Bang yang bakal keluar dengan sebuah filem Big Bang Made.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: