Friday, June 24, 2016

Farahdhiya Lantik Pengurus Selepas Nyaris Diperdaya Ejen Pelacuran



Farahdhiya bakal keluar single terbaharu selepas Aidilfitri.
PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Farahdhiya memberitahu dia mula menyerahkan sebarang urusan kerjayanya kepada pengurus selepas kejadian nyaris diperdayakan Ejen pelacuran Februari lalu.
Bagaimanapun, Farah atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohamed Amin, 32, berkata, dia masih berhadapan dengan permintaan penganjur yang mahu menemuinya dahulu sebelum menawarkan sesuatu persembahan.

"Selepas kes tersebut saya memang serahkan urusan kepada pengurus, namun dia (pengurus) juga berdepan masalah kerana penganjur ingin melihat saya dulu sebelum buat tawaran.

"Permintaan orang pelik-pelik sehingga pengurus saya juga pening. Jika saya tiada program bolehlah saya datang secara profesional," ujarnya.

Farahdhiya ditemui pada majlis Indahnya Syawal, di Angkasapuri, malam Selasa.
Farahdhiya lebih berhati-hati.
Sementara itu, bercakap tentang kerjaya selepas mendapat tempat kedua pada programGegar Vaganza 2, Farahdhiya berkata dia kini menumpukan 60 peratus terhadap nyanyian berbanding lakonan.
"Alhamdulillah tawaran mengadakan persembahan semakin banyak selepas program Gegar Vaganza 2 dan nama saya dikenali semula sebagai penyanyi.

"Jadi saya mengambil peluang ini untuk mengutamakan kerjaya nyanyian terlebih dahulu. Jika ada tawaran berlakon saya terima dengan syarat mengikut jadual nyanyian saya dahulu," ujarnya.

Tambah Farahdhiya, dia juga bakal keluar single terbaharu berjudul Miliku Abadi selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Lagu tersebut merupakan ciptaan Tam Spider dan lirik oleh Keon yang turut mengisahkan tentang cinta.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: