MELAKA - Buaya tembaga dewasa sepanjang lebih dua meter berjaya ditangkap sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di tepi Jalan Gapam, berhampiran Pintu Gerbang Melaka Perdana, Ayer Keroh, di sini, semalam.
Pengarah JPAM negeri, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang pemotong rumput mengenai kewujudan buaya berkenaan yang secara kebetulan sedang menjalankan kerja-kerja pemotongan rumput di kawasan berkenaan, kira-kira jam 10.45 pagi.
Menurutnya, buaya dari spesies tembaga seberat lebih 70 kilogram ditemui ketika sedang merangkak di dalam sebuah parit dipercayai tersesat.
“Kami dimaklumkan oleh pemotong rumput terbabit, pada mulanya menyangkakan reptilia berkenaan adalah biawak. Tetapi setelah diperhatikan betul-betul, rupa-rupanya ia adalah seekor buaya lalu terus menghubungi JPAM.
“Sebaik menerima panggilan sepasukan anggota JPAM dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi pada jam 11.06 pagi.
“Operasi penangkapan diketuai Leftenan (PA) Rosli Husain terpaksa mengambil masa lebih kurang setengah jam sebelum berjaya menangkap buaya berkenaan.
“Pada mulanya, hanya empat anggota yang ditugaskan namun selepas berdepan kesukaran terutama untuk mengangkat buaya berkenaan, tiga lagi anggota tambahan ditugaskan membantu,” katanya ketika ditemui, semalam.
Effendy berkata, haiwan reptilia berkenaan kemudiannya dibawa balik ke Pusat Kawalan Operasi Daerah JPAM Melaka Tengah sebelum diserah kepada Jabatan Perhilitan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Noorzakiahanum Mohd Nor berkata, setakat ini buaya berkenaan akan dikuarantinkan buat sementara.
“Sebaik keadaannya stabil, reptilia ini akan dihantar ke Paya Indah Wetland di Dengkil dan akan dilepaskan di pusat jagaan di sana.
“Buat masa ini keadaannya agak lemah dan mungkin disebabkan ia tidak menemui air dalam tempoh masa yang lama. Kami masih lagi mengkaji berat sebenar buaya berkenaan serta jantinanya,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: