Monday, June 20, 2016

Elfira Loy Tepis Tuduhan Kerjaya Seni Pudar Akibat 'Dicantas' Artis Baharu



Elfira Loy mengurangkan aktiviti lakonan kerana ingin memberi tumpuan kepada bidang pengacaraan dan perniagaan. 
KUALA LUMPUR: Pelakon Elfira Loy menyangkal tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan kerjaya seninya semakin pudar sejak akhir-akhir ini kerana 'dicantas' dek kehadiran artis-artis baharu.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 22, berkata, dia mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti lakonannya kerana ingin memberi tumpuan terhadap bidang pengacaraan.

Elfira masih menerima banyak tawaran berlakon.
"Saya masih lagi menerima banyak tawaran untuk berlakon cuma buat masa sekarang saya lebih cendorong untuk mengacara dan memberi fokus kepada perniagaan kafe yang dijalankan.

"Sudah 10 tahun saya berlakon jadi biarlah saya melakukan sesuatu perkara yang baru agar dapat memberi pengalaman serta cabaran yang baru dalam hidup saya," katanya.

Elfira ditemui pada majlis pelancaran UNIQLO X Hana Tajima sempena koleksi terbaharu musim sejuk 2016, di Uniqlo, Fahrenheit 88 di sini pada Jumaat.

Tambah Elfira, sejak setahun yang lalu dia sudah mengurangkan aktiviti lakonannya dan memberi fokus kepada perniagaan.

Bagaimanapun kata Elfira, dia juga bimbang jika peminat melupakannya sebagai pelakon kerana ketika ini ramai pelapis pelakon baru yang semakin menonjol.
Elfira bersama koleksi  terbaharu pakaian UNIQLO X Hana Tajima.
"Sebenarnya saya juga pernah terfikir bahawa nanti orang akan lupakan saya sebagai seorang pelakon tetapi saya percaya apa yang pernah diberikan kepada mereka suatu ketika dahulu adalah sesuatu lakonan yang ikhlas.

"Saya juga beruntung kerana tiada lagi orang yang mempunyai kening seperti saya ini (kening tebal) jadi amat mustahil untuk orang melupakan saya," katanya secara berseloroh.

Dalam pada itu bercerita mengenai UNIQLO x Hana Tajima semperna koleksi terbaharu musim sejuk 2016, Elfira berkata, dia bersyukur kerana dipilih sebagai wajah baru untuk koleksi ini dan menggangap pakaian itu amat sesuai dengan penampilannya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: