GUA MUSANG - Pos Tuel yang terletak di bawah jajahan Lojing, didiami lebih 200 penduduk Orang Asli di mana kesemua mereka beragama Islam.
Biarpun pengislaman mereka secara keseluruhan lebih lima tahun lalu, namun sehingga kini mereka masih berusaha meningkatkan pengetahuan mengenai Islam dan peraturan ditetapkan.
Menurut guru agama di sini, Angah Amat, 47, memandangkan mereka bukan dilahirkan dalam Islam, proses pembelajaran agak memakan masa.
“Namun kita akan sebarkan Islam secara berperingkat agar mereka tidak menganggap Islam sebagai agama yang membebankan.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana semua penduduk di sini beragama Islam dan sehingga kini, mereka masih belajar untuk menghayati ajaran yang diredai ini.
“Kehidupan mereka juga berbeza kerana Islam banyak mengajar kita supaya berbuat baik dari segi cara hidup, pemakanan dan pergaulan. Kalau dulu mereka minum arak, sekarang sudah tiada,” katanya.
Angah menambah, dalam menjalani ibadat puasa, ada dalam kalangan penduduk di sini yang menunjukkan peningkatan dan boleh berpuasa penuh.
“Pada awal-awal dulu, mereka diajar perkara teras saja seperti meninggalkan tabiat buruk, solat dan kehidupan yang lebih berkualiti.
“Dari segi solat dan puasa, mereka belajar secara berperingkat. Untuk ibadat puasa, mereka belajar puasa setengah hari, penuh sehari, tiga hari, tujuh hari, selang-seli, dan seterusnya puasa penuh sebulan.
“Pada malamnya, mereka diajak ke surau untuk mengerjakan solat terawih. Di samping itu, kita akan terapkan ceramah agama yang lebih ‘lembut’,” katanya lagi.
Bertepatan dengan bulan Ramadan yang penuh berkat ini, seperti penduduk Islam lain, masyarakat di sini turut menyambutnya dengan penuh kemeriahan.
Ketua kampung, Halim Sarip berkata, Ramadan kali ini lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana banyak agensi yang datang melawat dan berbuka puasa bersama mereka.
“Tahun ini, banyak badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan tampil berikan sumbangan dan iftar bersama kami.
“Ini jelas menunjukkan keprihatinan mereka dalam memastikan penduduk di sini juga perlu dirai dan memerlukan sokongan daripada agensi dan NGO yang ada.
“Kami di sini mengalu-alukan kedatangan mereka tidak kira dalam bulan Ramadan mahupun bulan lain. Selain mengeratkan hubungan, kita dapat berkongsi perbezaan tradisi,” katanya.
Juadah berbuka dalam buluh
Menariknya, masyarakat Orang Asli di sini mempunyai hidangan istimewa ketika berbuka puasa di samping mengekalkan tradisi mereka.
Ayam masak po’ol antara hidangan wajib waktu berbuka dan ditambah pula dengan beberapa menu lain seperti ubi lemang dan nasi lemang.
Penduduk, Andak Anjang, 39, berkata, mereka di sini masih mengekalkan tradisi masakan dalam buluh dalam setiap hidangan yang disajikan termasuk nasi.
“Kami jarang guna periuk dan dapur gas kerana lebih mesra dengan penggunaan buluh dan bakar. Biarpun kaedah ini lebih rumit, namun rasa itu lebih sedap.
“Lagipun penggunaan buluh ini lebih sihat dan dapat mengelakkan penyakit. Kebanyakan penduduk di sini tak guna gas kerana periuk dan gas dikhuatiri bawa penyakit merbahaya kerana kandungan kimia,” katanya.
Dalam pada itu, Andak juga turut berkongsi cara menyediakan makanan tradisi masyarakat Orang Asli di sini yang hanya menggunakan bahan asas seperti bawang, garam dan serai.
“Untuk menghasilkan ayam masak po’ol, kami guna bahan ringkas seperti bawang, garam dan serai. Untuk nasi lemang pula, masak seperti biasa sehingga air kering.
“Untuk ubi lemang, kami sagat ubi terlebih dahulu dan rebus dalam buluh bersama air. Apabila ubi empuk, kami gunakan bilah buluh untuk lenyek ubi tersebut dan untuk rasa yang lebih sedap, kami masukkan kacang tanah.
“Selepas itu, masak semula ubi berkenaan sehingga empuk sempurna. Rasa ubi berserta kacang hancur itu sangat enak,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: