DIKENALI sebagai pelawak, figura versatil ini sebenarnya tidak mahu terus dilabel dengan gelaran itu.
Bagi empunya nama sebenar Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff ini, seorang anak seni perlu ada kemahiran lain dan tidak hanya terikat kepada satu-satu genre sahaja.
Lebih dikenali sebagai Saiful Apek dalam arena seni tempatan, akuinya, selepas 20 tahun melibatkan diri dalam bidang ini, sudah tiba masanya dia mengangkat diri ke tahap lebih tinggi.
“Kalau sebut Saiful Apek, pasti akan terlintas difikiran mereka seorang pelawak. Kalau boleh saya mahu mengubah perkara itu pada pandangan mereka dengan menampilkan lebih sisi matang saya menerusi mana-mana projek terbabit khususnya filem, drama atau telefilem selepas ini.
“Bagaimanapun, ia bukan bererti saya menolak tawaran kerja yang berkaitan komedi,” katanya.
Pelakon dan juga penyanyi berusia 47 tahun ini memberitahu, atas alasan itu, dia lebih selesa tidak dilihat sebagai pelawak sahaja dalam apa-apa aspek.
“Segelintir orang melihat pelawak tidak serius, ini kerana mereka suka berlawak. Tetapi, di sebalik identiti pelawak itu sendiri, siapa mereka sebenarnya, orang tidak tahu.
“Apabila terlalu lama di satu tempat atau kondisi itu, perubahan perlu dilakukan untuk menjadi lebih baik daripada sebelum ini,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media Hari Raya Aidilfitri RTM 2016.
Ditanya apakah dia tidak akan berlawak lagi selepas ini, ujarnya yang mesra disapa Apek, perkara itu adalah mustahil untuk dielakkan.
“Komedi adalah jiwa saya. Saya dikenali dan berada di sini kerana komedi. Mana mungkin untuk saya melupakan atau meninggalkannya begitu sahaja,” katanya.
Kata pelakon filem Cicakman ini, dia berharap pembabitannya dalam bidang seni dapat diperluaskan lagi.
“Jika di awal kemunculan saya banyak menerima tawaran bagi genre komedi, tetapi sekarang saya mula mendapat kepercayaan daripada pengarah dan penerbit untuk memainkan peranan lebih serius,” katanya yang muncul menerusi sisi berbeza dalam filem Werewolf Dari Bangladesh dengan watak seorang bapa yang tegas dengan anak-anaknya.
Pun begitu, Apek masih aktif sebagai pelawak undangan menerusi pelbagai sitkom di televisyen.
Tidak hanya fokus kepada bidang lakonan semata-mata, akui Apek, dia sebenarnya ingin peminat melihatnya lebih jauh menerusi bidang nyanyian.
“Sejak dahulu lagi saya bercita-cita bergelar penyanyi, tetapi bukan rezeki saya. Lagipun, saya sedar tidak mempunyai sebarang kekuatan atau keistimewaan sebagai penyanyi.
“Bagaimanapun, saya gembira kerana ketika bersama Senario, lagu-lagu kami diterima peminat. Malah lagu Aspalela nyanyian saya, turut diterima baik,” katanya.
Mengaitkan perubahan dirinya dengan lagu-lagu pernah didendangkan bersama Senario, kata Apek, kalau boleh dia mahu kembalikan zaman kegemilangan lagu-lagu mereka itu.
“Lagu-lagu Senario meskipun tidak dinyanyikan dengan vokal hebat tetapi ia cukup istimewa. Ini kerana, lagu-lagu kami mempunyai mesej mendalam.
“Inilah yang mahu saya lakukan, menyampaikan nasihat secara santai dan mudah diterima pendengar,” katanya.
Beri Motivasi
Di sebalik kesibukan dirinya bergelar pelakon, hos dan penyanyi, Apek kini mula berjinak-jinak menyampaikan ceramah dan terlibat menerusi program-program motivasi.
Katanya, ceramah disampaikan sekadar berkongsi pengalaman diri yang mungkin tidak diketahui sesiapa sebelum ini.
“Menerima tawaran seumpama itu adalah penghargaan besar bagi saya. Saya pernah terfikir, siapa saya untuk berkongsi atau bercerita kisah hidup kepada orang luar. Lebih-lebih lagi menyampaikannya kepada pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT). Tetapi, apabila difikirkan semula, tiada salahnya kerana setiap insan ada cerita hidup sendiri yang boleh dijadikan contoh,” katanya.
Berkongsi perkembangan baharunya pula, Apek baru sahaja tamat penggambaran sebuah telefilem.
“Selain itu, saya dan Senario dalam perancangan membuat persembahan di Istana Budaya (IB) tahun ini, bersempena 20 tahun kewujudan Senario.
“Yang pasti lapan orang ahli Senario termasuk saya akan terlibat dengan persembahan itu nanti kecuali Wahid. Seperti semua orang tahu, Wahid sedang memulakan proses hidup baharu dan dia memberi sokongan kepada kami untuk meneruskan projek ini,” katanya.
Jelas Apek, projek tersebut bakal memuatkan lagu-lagu serta sitkom daripada Senario.
PROFIL
Nama penuh : Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff
Nama komersil : Saiful Apek
Tarikh lahir : 12 Mei 1969
Isteri : Roslina Abu Hassan
Anak : Mohd Riyadh Aslam dan Mohd Radzin Aiman
Filem : Gila-Gila Pengantin Popular, Anak Mami Kembali, Bujang Senang, Nana Tanjung, Salah Bapak, Cicakman, Otai, Duyung, Sifu & Tongga, Kecoh Betul, 4 Madu dan Magika.
Telemovie : Champion, Siapa Tak Sayang Bini, Siapa tak Sayang Bini II, Pelakon Popular, Manisnya Hempedu Pahitnya Madu, Jadi Tak Jadi, Apa Nak DiKato, Neon dan O.K.
Single : Aspalela
Program realiti : Sinaran Pasport Kegemilangan 1994
Anugerah : Bintang Paling Popular 2003, Anugerah Khas Juri Pencapaian Komedi Terbaik Anugerah Lawak Warna 2014 (Senario)

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: