IBU dan ayah memberi erti yang cukup besar buat sesiapa sahaja yang bergelar anak. Bahkan sebagai anak, kita sanggup membuat apa sahaja asal dapat menggembirakan hati ibu dan ayah selagi mereka masih ada.
Dan bagi mereka yang sudah kehilangan ibu atau bapa atau keduanya, pasti ingin membuat apa sahaja asal punya peluang sekali lagi untuk bersama mereka yang telah tiada.
Begitu jugalah yang dirasai oleh aktres ini.
Kehilangan bonda tercinta tiga tahun lalu memberi kesan yang cukup mendalam buat pelakon berbakat besar, Siti Elizad Mohd Sharifuddin.
Bahkan dia yang sebelum itu berkorban menjaga bonda yang sakit turut kehilangan kawan-kawan baik yang perlahan-lahan berlalu pergi dari hidupnya.
Justeru, apabila ibunya pergi menemui Illahi, ada ruang kosong dalam hidupnya yang sukar untuk diisi.
Dek kerana itulah mendorong Elizad banyak menghabiskan masa dengan anak-anak yatim Baitul Izzah, Taman Tun Dr Ismail yang sudah dianggap persis keluarga sendiri.
Malah, ujar Elizad, dia tidak pernah meletakkan had dan bergaul dengan lebih kurang 11 anak yatim di sana seperti rakan-rakan.
“Saya ibarat kami macam kawan-kawan, keluarga. Kami kira senasiblah sebab ada antara mereka yang dah kehilangan ibu, ada kehilangan ayah dan ada kehilangan kedua-duanya.
“Dengan mereka saya boleh kongsi apa sahaja. Malah kalau ada kelapangan saya pasti akan pergi menjenguk mereka. Saya ibarat pintu pagar rumah mereka seperti pintu pagar rumah saya.
“Sebenarnya selepas ibu saya pergi, saya bukan sahaja kehilangan ibu, tapi saya juga kehilangan kawan-kawan yang dah lama berlalu pergi ketika saya sibuk menjaga ibu. Maklumlah saya tak ada masa nak keluar bersama atau pergi bercuti ketika ibu sakit.
“Malah lepas ibu meninggal pun saya tak ada kawan-kawan rapat. Jadi sebab itu saya suka habiskan masa bersama anak-anak yatim di Baitul Izzah,” katanya kepada Zass.
Elizad berkata, dia juga bersyukur apabila hasratnya untuk membelanja anak yatim di sana sekiranya dinobatkan sebagai pemenang Gempak Superstar menjadi kenyataan.
“Saya ada terdetik dalam hati, kalau menang Gempak Superstar, saya nak belanja mereka beli baju raya yang mahal sikit. Alhamdulillah jadi kenyataan dan mereka juga teruja apabila mendapat tahu mengenai perkara itu,” ujarnya.
Tidak hanya bersama anak-anak yatim, Elizad yang sudah mendirikan rumah tangga dua tahun lalu, turut menumpang kasih anak-anak tiri dan anak saudaranya.
“Saya bersyukur walaupun tak ada kawan baik, tapi saya ada mereka ini di sekeliling saya, termasuk suami saya yang sangat memahami. Merekalah kawan baik saya.
“Kalau saya cuti, saya akan ambil anak saudara duduk bersama saya, lepas itu saya pening kepala (ketawa). Tapi saya seronok sebab mereka pandai menghiburkan saya.
“Kadang kala bila keluar bersama anak dan anak saudara, mulut saya memang bising, nampak macam garang, tapi saya teruja sebab itu mulut saya bising,” jelasnya.
Rancang bercuti
Dalam pada itu, ditanya mengenai persiapan Aidilfitri yang bakal menjelang lebih kurang dua minggu lagi, Elizad berkata, dia membuat persiapan secara sederhana dan lebih mengutamakan anak dan anak saudara.
Katanya, disebabkan ayahnya hanya menggemari kerepek termasuk maruku, jadi dia tidak menyediakan terlalu banyak kuih raya.
“Untuk saya sendiri memang saya buat persiapan secara sederhana. Kuih raya pun tak banyak sebab keluarga saya kurang sikit dengan kuih raya.
“Bagi saya apa yang seronok bila beraya sebab ada anak-anak kecil. Untuk macam saya yang dah tua ini, raya biasa-biasa sahaja,” jelasnya.
Tambah Elizad, tahun ini juga merupakan tahun pertama dia akan beraya dengan anak-anak.
Justeru, dek kerana tidak mempunyai kampung halaman kerana keduanya berasal dari Kuala Lumpur, dia merancang untuk bercuti pada hari raya pertama nanti.
“Saya ingat lepas menziarahi kubur, saya nak ke Pulau Redang, tapi lepas diperiksa, pihak sana kata penuh. Kemudian kami rancang nak ke Penang, tapi ramai kata jalan mesti sesak.
“Jadi saya tak tahu lagi, kalau boleh nak pergi bercuti di pulau sebab saya tak suka kesesakan lalu lintas. Jadi bergantunglah pada keadaan nanti,” katanya.
Berkongsi perkembangannya, Elizad berkata dia akan memasuki set penggambaran Suamiku Kolot untuk tayangan Astro Ria tidak lama lagi, di samping penggambaran sebuah telefilem pada bulan Ogos nanti.
Selain itu, dia juga akan merakam single pertama yang juga akan menjadi lagu tema untuk drama Suamiku Kolot.
“Untuk single pertama ini saya ikut saranan pihak pengurusan iaitu Paranormal. Apa yang sesuai untuk saya sebab saya tak tahu sangat mengenai lagu.
“Untuk single pertama ini saya akan mempertaruhkan lagu rancak, dan kita lihatlah dulu bagaimana sambutan single ini nanti,” ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: