IPOH - “Saya harap semua cucu saya dapat berkumpul pada hari raya nanti untuk saya agihkan faedah ini”.
Itu kata-kata ringkas Che Mee Sa Abdul Rahman, 76, dari Kampung Kerentina Teluk Intan, selepas menerima cek faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) milik Allahyarham menantu lelakinya di Wisma Perkeso Negeri, baru-baru ini.
Che Mee Sa berkata, dia begitu berharap semua cucunya itu dapat berkumpul supaya agihan faedah caruman bapa mereka sebanyak RM60,787.12 itu dapat diagihkan.
“Saya risau pegang duit banyak ni. Ini milik anak yatim. Sejak menantu lelaki saya tu meninggal dunia pada 2003 lalu, sayalah yang mengambil alih tugas menjaga semua tiga cucu.
“Emak mereka dah kahwin lain. Tapi, selalu juga datang tengok mereka. Tapi seorang cucu saya dah bagi kat orang dan sekarang ni saya dapat tahu, dia ada di Kuala Lumpur. Seorang lagi cucu saya pula dah berkahwin, jadi tinggallah hanya seorang saja cucu yang tinggal dengan saya. Jadi saya nak sangat kalau boleh, semuanya dapat berkumpul hari raya ni,” katanya.
Che Mee Saa berkata demikian sempena Majlis Penyampaian Cek Faedah Perkeso yang disempurnakan Pengarah Perkeso Negeri, Noorhanita Mohamad, semalam.
Katanya, sebenarnya dia tidak mengetahui berhubung penerimaan faedah caruman berkenaan sehinggalah dimaklumkan oleh anaknya.
“Saya tak tahu pasal perkara ni. Tapi satu hari, anak saya beritahu kepada saya mengenai faedah caruman yang boleh saya tuntut.
“Jadi anak saya pun hubungi Perkeso pasal perkara ni dan syukur, saya terima faedah caruman ini bagi pihak menantu lelaki saya itu,” katanya.
Berbeza pula ceritanya dengan Norlian Roslan, 50, dari Sungai Lampam Teluk Intan yang tidak membuat sebarang persiapan bagi menyambut ketibaan lebaran yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Katanya, sambutan lebaran kali ini tidak sama dengan sambutan sebelumnya tanpa kehadiran suami tercinta yang meninggal dunia pada April lalu.
“Raya kali ni dah tak sama macam raya sebelum ini bila suami saya sudah tidak ada lagi untuk beraya bersama.
“Tahun ni memang kami rasa kehilangan tanpa kehadirannya,” kata ibu kepada enam anak ini.
Difahamkan, tiga daripada anaknya sudah pun berkahwin manakala tiga lagi tinggal bersama dengannya ketika ini.
Tambah Norlian, faedah caruman sebanyak RM2,756.28 itu akan dimanfaatkan sebaiknya untuk anak-anaknya.
“Saya akan manfaatkan faedah caruman yang saya terima ini untuk anak-anak saya,” katanya.
Dalam pada itu, Noorhanita berkata, pihaknya berpuas hati kerana berpeluang menyampaikan bayaran faedah kepada semua pencarum serta waris yang hadir.
Katanya, bayaran faedah yang diberikan dapat membantu menceriakan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
“Hari ini kita berpuas hati kerana dapat menyampaikan bayaran faedah caruman berjumlah RM385,520.63 ini kepada 18 penerima termasuk pihak waris.
“Secara keseluruhannya, kita harap dengan penyampaian faedah caruman ini, kita juga akan dapat berkongsi kegembiraan menyambut Aidilfitri bersama mereka,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: